Ella minta polis buru dalang klip video lucah

AWALNYA dia masih mampu tersenyum. Ketawa malah menyifatkan apa yang diberitakan kepadanya itu hanya satu gurauan. Malas untuk dia mengendahkannya kerana bagi Ratu Rock ini, banyak lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Bagaimanapun, ketenangan hatinya mula berkocak selepas berulang kali menerima panggilan daripada peminat dan rakan karib. Dia mula berasa tidak sedap hati apabila berita kurang enak itu mula hangat diperkatakan.

Ella gusar fitnah yang cuba memalukan dirinya dan pengurus yang juga kakak kandungnya, Jojie bakal memberi kesan serta menjejaskan maruah dan kerjaya yang selama dua dekad dibinanya bersih tanpa kontroversi seperti itu.

Bimbang fitnah itu berlarutan, mereka sepakat mengambil keputusan dengan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

“Mulanya Ella hanya tertawa, tertanya sendiri bila pula Ella dan Jojie naik kapal untuk melakukan perbuatan tidak senonoh itu. Sedangkan kami begitu sibuk ke sana sini menjayakan persembahan pentas dan promosi produk kecantikan di seluruh negara.

“Tetapi, apabila perkara ini semakin hangat diperkatakan dan peminat juga sudah mula memberi pelbagai reaksi, Ella rasa perlu bertindak untuk mempertahankan diri. Disebabkan itu, Ella mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

“Fitnah ini adalah yang terhebat sepanjang lebih 20 tahun Ella berada dalam bidang seni. Ia cukup memalukan, malah menjejaskan maruah Ella sebagai wanita Islam. Untuk apa mereka melakukan semua ini?” katanya, mengulas mengenai isu klip video lucah yang dikaitkan dengannya dan Jojie yang kini hangat tersebar di Internet.

Klip video selama 36 saat itu dikatakan memaparkan aksi Ella dan Jojie sedang melakukan adegan seks bersama pasangan mereka di atas sebuah kapal.
0 Komentar untuk "Ella minta polis buru dalang klip video lucah"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info