Seorang pelakon drama dan filem terkenal parah apabila diserang sekumpulan 15 lelaki bersenjata batang besi dan tukul selepas menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, awal pagi semalam.
Mohamad Yusof Abdul Majid, 40, atau lebih dikenali sebagai Edika Yusof cedera di muka dan dahi dalam serangan jam 2.40 pagi.Sumber polis berkata, ketika Edika bersama adiknya, Mohd Yunus Abdul Majid sedang berjalan keluar dari restoran terbabit, 15 lelaki tidak dikenali terus menyerang mangsa secara bertalu-talu.“Selain menggunakan objek seperti besi dan tukul, mereka membelasah mangsa dengan menyepak dan menumbuknya.
“Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi gagal berikutan bilangan suspek yang membelasahnya terlalu ramai,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan Mohd Yunus berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam kereta yang diletakkan tidak jauh dari restoran berkenaan.Kejadian itu menyebabkan Edika yang juga seorang model iklan cedera di muka, manakala adiknya cedera di tangan serta muka.
Telefon bimbit mangsa turut hilang dalam kejadian itu.Edika yang sinonim dengan watak playboy dan samseng di layar perak dan drama TV membuat laporan di Balai Polis Cheras kira-kira sejam selepas kejadian.Wartawan Harian Metro dapat menghubungi Mohd Yunus yang mengesahkan kejadian itu.Mohd Yunus yang pada mulanya berjanji membawa wartawan Harian Metro menemui mangsa bagaimanapun gagal dihubungi semula bagi mendapatkan maklum balas selanjutnya.
Wartawan Harian Metro kemudian cuba menjejaki rumah pelakon itu di Jalan Tun Razak, tetapi gagal selepas dua jam mencarinya.Difahamkan, kejadian pagi semalam bukan kali pertama Edika diserang individu tidak dikenali.Pada 6 April 1994, mangsa yang pernah berlakon dalam beberapa filem, antaranya Pelumba Malam, Driving School, Awas, Maria Mariana dan XX Ray diserang beberapa lelaki ketika bersama rakan dan saudaranya keluar dari sebuah disko kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Ampang di sini.
Edika turut pernah menggemparkan dunia seni apabila dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki senjata berbahaya pada 27 Januari 1992.Dia dituduh memiliki sebilah pedang sepanjang satu meter di tempat letak kereta sebuah disko di Jalan Ampang berhampiran Wisma Central, kira-kira jam 3 pagi, 21 Disember 1991.Edika mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman sehari penjara dan didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
Difahamkan polis menjumpai sebilah pedang terselit di belakang baju Edika ketika melakukan pemeriksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian serangan terhadap Edika pagi semalam itu.
Sumber : Harian Metro
Blog Archive
Popular Posts
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Manjalara merupakan drama penuh konflik, tragedi dan komedi. Di antara tawa dan airmata, kita menyaksikan kisah keazaman seorang gadis malan...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
Nie adalah pakai Dato' Siti sewaktu AJL 22. Mengenakan fesyen CLOAK dan corak the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
-
Akhirnyer filem Mael Lambung kini dlm pembikinan... pengarahnya adalah Ahmad Idham. Sedikit gambar-gambar di lokasi pengambaran Mael Lambung...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Edika Yusoff Diserang"