Siapa Ezad Lazim ?

EZAD berkolaborasi menerusi lagu Alasanmu dengan band Indonesia, My Name Is Keisha.



SELEPAS berdepan dengan perselisihan faham tiga tahun lalu antara Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 31, atau lebih dikenali sebagai Ezad dengan kumpulan Exist, kini penyanyi yang berasal dari Kedah itu mula berkeyakinan untuk memulakan langkah baru secara solo.

Perselisihan faham yang membawa kepada 'perceraiannya' dengan Exist, kumpulan yang mengangkat namanya selama 12 tahun di bidang nyanyian, akhirnya merungkai teka-teki bahawa penyanyi itu tidak lagi bersama mereka apabila memilih pelakon Joey sebagai pengganti Ezad selaku vokalis.

Dibuang atau dia yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri bukan lagi isu yang perlu diketengahkan.
Ini kerana bagi Ezad, hidupnya kini perlu diteruskan biarpun terpaksa memulakan semula langkah seninya dari bawah.
Untungnya bagi Ezad, bakat nyanyian dan kemampuan suaranya sudah sedia maklum oleh peminat.

Dia sudah tidak perlu menjual nama untuk dikenali kerana dia sudah sedia terkenal di kalangan peminatnya.

Tinggal lagi ialah bagaimana cara terbaik untuk dia mengatur dan merencanakan kerjaya nyanyiannya kini.

Bersama Nova Music, Ezad diketengahkan sebagai penyanyi 
solo.

Apa yang pasti, kini dia mempunyai beberapa single yang mampu mengangkat semula bakat seninya kepada khalayak iaitu Bertemu CintakuLafazkanlah dan Selayaknya Kau Tahu.

Lagu Bertemu Cintaku yang dicipta oleh Ajai, belum pun sampai sebulan diputarkan di corong-corong radio telah pun mendapat perhatian dan permintaan di beberapa carta radio popular.

Bagi Ezad, ini petanda positif sirna baru buatnya di gelanggang seni.
0 Komentar untuk "Siapa Ezad Lazim ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info