Bergelar artis bukanlah satu tugas yang mudah bagi Lisa Surihani yang mula dikenali menerusi filem I'm Not Single ini kerana hakikatnya, secara tidak langsung dia bertanggungjawab membawa imej bersih kerana sering menjadi perhatian umum.
Gadis yang selesa dengan imej berambut panjang sejak mula menjejakkan kaki ke lantai lakonan lima tahun lalu menerusi drama Cergas dan Ayah Kami itu sehingga kini boleh dikatakan kalis daripada sebarang gosip liar.
Pandai membawa diri dan ke mana sahaja melangkah sering ditemani ibunda tercinta, barangkali menyukarkan pelbagai tanggapan negatif singgah kepada graduan lulusan undang-undang dari Help University College dan Aberystwyth University, Wales, United Kingdom itu.
Menyedari peranan selebriti sepertinya cukup besar dan mampu mendatangkan impak besar di kalangan generasi muda, heroin filem Lagenda Budak Setan itu kini berazam mendekatkan diri dalam mempelopori pelbagai acara amal.
Sebagai langkah permulaan, gadis yang bakal menginjak usia 25 tahun pada 23 Mac itu tidak lama lagi bakal terlibat dalam acara walkathon amal, Walk For Children: 1Malaysia Goes Green dalam membantu mengumpul dana buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Acara yang mensasarkan jumlah penyertaan seramai 2,000 peserta itu dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 13 Mac ini pukul 8 pagi.
Tanpa disedari, niat murninya memberi pulangan berganda apabila dalam masa yang sama dia turut dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi acara tersebut.
Gembira, teruja dan bersemangat antara terjemahan rasa yang berbaur dalam sanubari penyandang anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 itu.
Apatah lagi, dalam berkira-kira menyertai pelbagai acara amal sebagai salah satu azam tahun baru 2011, rezeki buatnya datang bergolek.
"Syukur, apabila ditawarkan sebagai duta dan jurucakap untuk acara sebegini saya memang teruja dan rela hati untuk menyumbangkan tenaga bersama.
"Saya sudah pergi membuat lawatan ke Shelter Home dan Rumah Kasih Sayang pada 21 Disember lalu dan setelah melihat sendiri keadaan kanak-kanak di sana saya rasa terpanggil untuk membantu," kata Lisa Surihani yang dilantik sebagai duta dan jurucakap walkathon amal itu sejak dua bulan lalu.
Shelter Home, Petaling Jaya dan Rumah Kasih Sayang yang terletak di Rawang, Selangor adalah dua rumah kebajikan yang bakal menerima bantuan dan sebanyak RM150,000 daripada kutipan dana disasarkan pada acara tersebut.
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Cinta baru Lisa Surihani"