Alex mahu ceburi bidang penulisan script secara serius

Alex berkata, dia akur dengan keputusan itu tetapi pada masa sama tidak akan putus asa dalam usahanya untuk mencipta nama sebagai pelawak.

"Saya akui memang rasa tertekan kerana bersaing dengan para peserta lain yang hebat-hebat.

"Mereka semua diibaratkan sebagai cemerlang tetapi saya cuma sekadar kepujian sahaja.

"Selepas ini saya mahu terokai pula bidang penulisan skrip komedi. Selama ini ada orang yang tulis skrip komedi tetapi apabila dibuat filem atau drama ia tidak kelakar.

"Dalam hal ini, saya yakin mampu melakukannya. Saya akan cuba menceburi bidang ini dengan serius. Saya mahu menjadi macam penulis skrip komedi di luar negara yang berkaliber.

"Walaupun badan saya ini besar tetapi saya sebenarnya kerdil dalam bidang ini.

"Apa pun saya akan mencuba dalam bidang ini termasuklah menulis skrip untuk telemovie," jelasnya.


Malaywood: keep up all your good works
0 Komentar untuk "Alex mahu ceburi bidang penulisan script secara serius"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info