Jalan-jalan Cari Makan ke Melaka

Tgh hari Ahad nie, aku cuma lepak kat rumah jer tak kemana-mana pun. Sambil layan baring-baring tengok TV... terbukak lah channel TV3 tengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Qi bawak penonton gi layan tempat tempat makan yg best kat Melaka. Yang menarik minat aku ialah bila di singgah kedai makan Asam Pedas Power Abg Pee. (bunyi nyer Pi'ie).

Sebelum nie, aku pernah dengar orang citer pasal kedai Asam Pedas tuh kat Melaka... tapi tak tau kat mana. Elok benar lah si Qi nie tunjuk kat kat mana tempat tuh. tengok diaorg makan asam pedas kepala ikan Jenahak.. perghhh... teringin beb nak gi cari... tengok lah nanti, kalau free dan berkesempatan ke Melaka nanti, boleh gi cari kat Jln Puteri Hang Li Poh, Bukit Cina Melaka. Berpeluh si Qi tuh makan... sure best ! nampak berasap dia makan... Kupang Cili berapi tuh nampak best ... kau best lah bro ! ... apsal tak sambung lagi rancangan "Destinasi Budget". Best juga info-info dari destinasi budget...

Malaywood: best JJCM minggu nih .... 
0 Komentar untuk "Jalan-jalan Cari Makan ke Melaka"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info