Remy Ishak |
Dalam sekelip mata, dia dipuja dan menjadi kegilaan ramai yang mengagumi bukan hanya bakat lakonannya tetapi wajah lelaki Melayu tulen yang menjadi penyedap mata para peminatnya.
Semuanya kerana fenomena drama rantaian paling popular, Nur Kasih yang telah meledakkan nama Remy sehingga mampu berdiri setanding dengan aktor ternama negara lain.
Namun, apa yang tidak sedapnya apabila ada dakwaan mengatakan Remy kini bukan lagi seperti dulu. Dalam erti kata lain, jejaka kacak ini sudah mula berubah menjadi seorang yang bongkak, lupa diri dan merasakan dirinya seorang aktor yang hebat.
Bukan itu sahaja, ada kabar angin yg mengatakan dia telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang cukup eksklusif.
Menurut Remy:
“Jujurnya, saya sendiri segan dengan publisiti. Jauh sekali untuk saya mendabik dada mahupun merasakan diri saya terbaik. Tetapi, kehadiran saya ke dalam industri bukan mahu menagih publisiti semata-mata
“Saya cukup sedar sebagai seorang artis, kisah peribadi dan gosip memang tidak dapat lari untuk diceritakan. Bagi saya, biarlah kisah peribadi itu mendapat liputan berpada-pada.
“Ingin saya jelaskan di sini, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang eksklusif dan menjauhkan diri daripada sebarang publisiti.
“Dalam konteks ini, saya lebih gemar kalau cerita tentang karier saya yang mendapat tempat. Saya percaya seandainya kalau kita memberi hasil kerja yang berkualiti, publisiti akan datang dengan sendirinya,” ujar Remy
0 Komentar untuk "Remy Ishak tak suka publisiti murahan"