Shuib dan Dafi |
Ketika itu, salah seorang anggotanya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib menggambarkan wajah barunya selepas pembedahan seperti bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi.
“Cuba tengok wajah aku? Ada macam Dafi tak,” soal Shuib kepada dua temannya, Jep dan Mamat yang terpinga-pinga sambil bertanyakan siapakah Dafi yang dimaksudkan Shuib itu.
Sejak daripada itu, nama Dafi sudah sebati dengan Shuib dan sering bermain di bibirnya. Jika tidak menyebut nama Dafi, bahasa tubuh mahupun tanda pengenalan Dafi sewaktu AF5, Baik Punya pasti akan terselit dalam persembahan Sepah.
Apabila Shuib menyebut nama Dafi, ia kedengaran sungguh lucu sekali dan bagaikan ada magnet yang menarik mereka berdua sehingga dapat dilihat Shuib dan Dafi seperti ada keserasian.
Apakah yang menyebabkan Dafi begitu dekat di hati Shuib sehinggakan nama penyanyi lelaki itu tidak lekang dari bibirnya?
Walhal baik Shuib mahupun Dafi, mereka tidak pernah bertemu secara empat mata pun sebelum nie.
Paling best, ketika final maharaja lawak, Dafi muncul membantu sketsa kumpulan Sepah. Memang terbaek !!!
0 Komentar untuk "Shuib dan Dafi tak kisah kalau bekerjasama"