Paramount Pictures terbit filem kisah Nabi Noh berjudul Noah.

Syarikat perfileman gergasi dunia, Paramount Pictures akan menerbitkan sebuah filem epik mengenai kisah Nabi Noh a.s. yang diberi judul Noah. 


Filem terbitan Paramount Pictures dengan kerjasama Regency ini akan mula menjengah ke pawagam pada Mac 2014.

Dibintangi Russell Crowe, Jennifer Connelly dan Emma Watson, filem arahan Darren Aronofsky ini bakal menampilkan sudut pandang penganut Kristian dan masyarakat Barat terhadap kisah Nabi Noh a.s. yang membina bahtera bagi menghadapi bencana paling dahsyat iaitu banjir terbesar dalam sejarah dunia. 

Kemunculan filem ini dijangka bakal menarik perhatian masyarakat dunia untuk melihat dan mengkaji perjalanan kisah sejarah yang cukup mengagumkan ini.  Sejauh mana ia menepati sejarah yang difahami penganut agama Kristian dan juga Islam? 

0 Komentar untuk "Paramount Pictures terbit filem kisah Nabi Noh berjudul Noah."

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info