Anuar Zain tolak calon isteri pilihan ibu

Menurut Anuar, dia cerewet dalam memilih pasangan hidup dan akan menentukan sendiri pilihannya tanpa campur tangan pihak lain termasuklah ibunya.

“Dalam soal mencari pasangan, kalau boleh saya mahu cari sendiri. Sebelum ini, ibu saya ada juga cuba hendak tolong carikan calon isteri untuk saya tetapi tidak sesuai,” ujarnya.

Selain cerewet memilih calon isteri, Anuar juga amat cerewet dalam soal pembikinan album ketiganya yang dijangka akan berada di pasaran pada Julai ini.
0 Komentar untuk "Anuar Zain tolak calon isteri pilihan ibu"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info