AISHAH:
"DALAM ramai-ramai pelajar AF5, saya dapati Mila menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan. Masa mula-mula belajar dalam akademi, Mila kedengaran sangat sengau, namun hari demi hari dia belajar dan memperbaiki kesilapan dan mengasah kelebihan yang dimiliki," kata Aishah dengan bersemangat.
"Mila comel budaknya. Kalaulah saya cikgu dia, sudah tentu saya sangat berbangga mendapat pelajar yang bekerja keras sepertinya. Dia banyak belajar daripada kesilapan," katanya.
Namun Aishah agak terkejut melihat konsep persembahan Mila ketika membawakan lagu Melukut Di Tepi Gantang.
"Saya tidak nafikan lain orang lain pula terjemahan lagunya. Benda seni ini tiada satu jawapan yang betul atau salah. Ia cukup subjektif. Apapun Mila membawakan lagu itu dengan baik sekali," katanya.
Bercakap mengenai personaliti, Aishah berkata Mila memiliki karakter keanak-anakan yang sangat menawan.
"Dia sentiasa bersemangat dan ada attitute. Ia satu pakej yang baik. Harapan saya untuk Mila, anda jadilah diri anda sendiri. Jangan takut untuk mempertahankan apa yang anda fikir baik untuk diri anda," katanya.
ZIANA ZAIN:
"LEGA, akhirnya ada juga bakat baru yang benar-benar hebat, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sudah lama saya menanti juara AF menjadi milik pelajar wanita. Akhirnya ia berlaku juga dalam AF5," kata Ziana yang sedang sibuk melayan kerenah anak-anak.
"Mila ada potensi besar dalam bidang seni dan dia boleh pergi jauh. Bagi saya setiap penyanyi ada cara dan gaya tersendiri untuk menyampaikan lagu. Itu identiti namanya dan Mila perlu cari identiti itu," jelasnya yang cukup mengagumi cara penyampaian Mila pada konsert akhir, Sabtu lalu. Tambah Ziana, jika diimbas kembali, ramai yang layak untuk bergelar juara cuma nasib tidak menyebelahi mereka.
"Saya cukup berbangga, sekurang-kurangnya kita ada seorang wakil yang baik bukan saja dari segi vokal malah personaliti dan penampilan. Mila punya pakej itu. Tahniah Mila!" katanya.
EZLYNN:
"JIKA dengarkan suara, anda tidak menyangka orangnya bertubuh kecil dan comel sekali, terutama vokalnya yang lantang dan serak," kata Ezlynn yang hadir sama di Konsert Akhir AF5 di Bukit Jalil.
"Mila membawakan lagu Cinta Pura-Pura dengan begitu baik sekali dan dengan cara yang tersendiri. Wajarlah dia diangkat sebagai juara bagi musim ini. Untuk insan semuda Mila, perjalanan kerjaya seninya masih jauh lagi. Mila perlu banyak bersabar tidak mudah mengalah dan menggunakan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke depan lagi. Jadi Mila perlu kerja keras," kata penyanyi asal lagu Cinta Pura-Pura ini.
"Sebenarnya saya rasa seronok sangat Mila menang. Ada juga wakil kaum perempuan menjadi juara AF akhirnya. Ini bermakna peluang untuk pelajar wanita menjadi juara sebenarnya ada. Jadi gunakan ilmu yang ditimba sebaik-baiknya dan jangan pernah kenal erti putus asa," katanya.
Related Post
Mohd. menang kerana Ziana?Dari kiri Dayang Nurfaizah bersama protege Adi Hamiz Johar (kedua), Ziana Zain, Mohd. Izwan Mohd. Nor (juara) dan Azmeer…
Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinanOgos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khal…
Ziana ke ChinaHARI-HARI terakhir Ramadan, suasana di pejabat SS cukup sibuk, maklumlah semuanya bersemangat menyiapkan stok raya sehin…
Apa Pandangan Artis Kita Tentang Mila AF5AISHAH:"DALAM ramai-ramai pelajar AF5, saya dapati Mila menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan. Masa mula-mula …
Siapa Bakal Juara AJL23 ?kat mana aku nak mula hari nie... sama ada nak listkan lagu-lagu yg bertanding dlm AJL23 atau terus review kekuatan seti…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Apa Pandangan Artis Kita Tentang Mila AF5"