Artis meriahkan majlis perasmian SUKNES

Artis-artis popular seperti Hattan, Jefrydin dan Ramli Sarip akan meriahkan majlis perasmian Sukan Negeri Sembilan (Suknes) 2007 pada 29 Mei ini (Esok).

Acara yang akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu akan bermula pukul 8 malam.

Hattan akan mempersembahkan lagu-lagu popularnya Rendang Tak Berbuah, Kau Yang Satu, Zakiah dan Istilah Bercinta. Sementara Ramli Sarip dengan lagunya Syair Laila Majnun, Nyanyian Serambi, Kamelia dan Bukan Kerana Nama.

Penyanyi popular tahun 60-an, Jefrydin pula dijangka akan membuat peminat-peminat setianya teruja dengan lagu-lagunya Mas Mona, Kenanganku, Seruling Anak Gembala dan Siti Haida.

Pengacara persembahan iaitu selebriti yang tidak asing lagi, Ebby Yus dijangka akan membuat penonton tidak kering gusi dengan telatahnya yang lucu.

Persembahan percuma itu akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Related Post

  • Rocker yang mengkagumkanKemunculan album Hattan, Masterpiece to Ramli Sarip baru-baru ini, ternyata telah memberi impak yang besar kepada kedua-…
  • Follow up: Kes Hattan Nak DiCampak ke LautAhli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz semasa sidang Dewan Rakyat lalu mendakwa Hattan menyanyikan lagu Negaraku t…
  • Artis meriahkan majlis perasmian SUKNESArtis-artis popular seperti Hattan, Jefrydin dan Ramli Sarip akan meriahkan majlis perasmian Sukan Negeri Sembilan (Sukn…
  • Jiwa baru Hattan‘CINTA’ Hattan kepada lagu dendangan ‘Papa Rock’ membawa kepada terciptanya satu naskhah yang cukup sempurna apabila dia…
0 Komentar untuk "Artis meriahkan majlis perasmian SUKNES"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info