KEJAYAAN Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) telah memberi inspirasi kepada Enfiniti Productions Sdn. Bhd., untuk menerbitkan sebuah lagi teater muzikal.
Kali ini Penerbit Eksekutif Enfiniti, Tiara Jacquelina memilih Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai objek utama penceritaan menerusi teater berjudul My Name Is Remy: Perjalanan Hidup, Percintaan dan Inspirasi.
Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya selama dua minggu itu akan bermula pada 18 Oktober hingga 3 November ini.
Jelasnya, seperti Hang Tuah nama P. Ramlee sudah sebati dengan masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa.
“Siapakah tokoh yang layak untuk diangkat selain P. Ramlee yang dikagumi oleh semua orang. Pemilihan Seniman Negara itu sejajar dengan sambutan ulang tahun negara yang ke-50 tahun ini,” katanya pada majlis pengumuman teater tersebut, baru-baru ini.
Tiara yang sering dilabel sebagai Puteri Gunung Ledang kerana wataknya dalam filem dan teater itu berkata, pihaknya telah bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Katanya, oleh kerana P. Ramlee adalah satu nama besar maka banyak penyelidikan yang perlu dibuat.
“Semua orang tahu kisah P. Ramlee. Apa yang ingin ditonjolkan dalam My Name Is Remy adalah satu kelainan. Kami hanya akan fokus pada perkara tertentu sahaja,” jelasnya.
Menurut Tiara, judul tersebut dipilih kerana nama Remy adalah nama manja yang yang diberikan oleh Allahyarhamah Puan Sri Saloma kepada P. Ramlee.
Untuk teater yang bakal dipentaskan selama dua jam setengah itu, Tiara masih lagi mengekalkan tenaga kerja daripada PGLtM.
Zahim Al-Bakri bersama Adlin Aman Ramlie akan berganding tenaga sebagai pengarah, Pat Ibrahim dikekalkan sebagai koreografer, lagu-lagu baru akan digubah oleh komposer Dick Lee dan Raja Malik terus diberi tugasan mereka set.
“Senang bekerjasama dengan grup yang sama kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.
“Tidak dinafikan untuk teater ini kami perlu melipat ganda usaha kerana semua orang mengharapkan yang lebih baik daripada PGLtM. Bukan itu sahaja, nama P. Ramlee adalah satu nama yang tidak boleh disentuh sembarangan kerana dia adalah ikon kepada semua orang,” jelasnya yang telah bersedia menghadapi cabaran itu.
Dia yang belum pasti sama ada akan berlakon atau tidak dalam teater tersebut berkata, setakat ini senarai pelakon belum ditentukan lagi.
Jelasnya, beberapa aspek perlu dilihat sebelum seseorang itu diberi tanggungjawab untuk melakonkan watak Remy dan peranan lain.
Adlin buat kajian sejak dua tahun
Bukan mudah untuk menghasilkan cerita tentang perjalanan hidup P.Ramlee kerana jika silap, si penulis akan dikritik.
Bagi Adlin, dia tidak takut untuk menghadapi cabaran tersebut kerana apa yang bakal dihasilkan adalah berdasar kepada imaginasi dan pandangannya tersendiri.
Idea untuk mementaskan teater P. Ramlee sudah terperap dalam pemikirannya sejak menuntut di Akademi Seni Kebangsaan (kini Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan).
“Tidak dinafikan sebelum ini ramai yang telah menghasilkan program atau persembahan yang dikhaskan kepada P. Ramlee. Namun My Name Is Remy adalah berbeza kerana saya tidak akan mengulangi semula apa yang telah dilakukan oleh pihak lain.
“Saya bersama Al-Jufrey (penulis Paloh) akan menulis berdasarkan sudut tertentu sahaja. Contohnya, wanita-wanita dalam kehidupan P.Ramlee dan inspirasinya. Karya- karyanya akan dijadikan landskap atau latar belakang perjalanan teater tersebut,” jelas Adlin yang menulis berdasarkan interpretasinya itu.
Adlin yang memang mengagumi karya P. Ramlee itu berkata, sudah lama menyimpan impian untuk mementaskan teater bagi menghargai seniman tersebut.
Impiannya hanya terlaksana setelah berpeluang bekerjasama dengan Tiara yang dilihat mempunyai wawasan tersendiri dalam usaha untuk mengangkat martabat teater tempatan.
“Bila berpeluang buat PGLtM dengan Tiara, saya nampak inilah penerbit yang mampu merealisasikan impian saya. Dia begitu teruja menjayakan PGLtM dan saya yakin sebagai orang seni, Tiara tahu setiap kehendak krew yang bertugas,” katanya yang mencetuskan idea tersebut pada Tiara pada awal tahun ini.
Related Post
M. Nasir ke Stadium NegaraM. NASIR ternyata teruja dan gembira apabila dapat beraksi sekali lagi di pentas Stadium Negara selepas 15 tahun.BERDASA…
OIAM 3 vs AF7Dalam pencarian mengasah bakat baru industri muzik, aku rasa OIAM lebih menyerlah berbanding Akademi Fantasia. Rata-rata…
Sedar tak sedar dah final rupanyer Akademi Fantasia 7Malam esok dah final rupanyer AF7... aku tengok konsert pertama jer, dan yg ajer jugak lah yg aku sempat komen. Aku lebi…
TV3 Ulang Semula Siri ManjalaraApsal nak ulang balik citer tuh... dah takde citer baru ker nak tayang petang petang ? atau dah takde budget nak beli dr…
Betul ker.. permulaan Mentor 3 mengecewakan ?AKSI Chaq dan Ajai saat mendendangkan lagu Gagap.KONSERT pusingan pertama, Mentor musim ketiga (Mentor 3) membabitkan ku…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Tiara bikin teater kisah P. Ramlee"