BAGI peminat persembahan konsert hiburan berprestij, saluran RTM1 akan menayangkan rakaman Konsert Perdana Diraja Kedah yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kedah Darul Aman jam 8.30 malam, Sabtu ini.
Konsert gilang gemilang itu sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, baru-baru ini.
Sebanyak 27 lagu yang dipilih khas untuk konsert ini disampaikan oleh 12 artis jemputan sama ada secara solo, duet, medley dan persembahan alat muzik.
Antara artis yang menyertai persembahan itu ialah Datuk Ahmad Jais (medley Mengharap Sinar Menelan Kabus/ Mabuk Kepayang, Kucupan Azimat), Datuk Yusni Hamid (Serunai Malam, medley Strangers In The Night/Quando Quando).
Selain itu, Misha Omar (Nafas Cahaya) Adibah Noor (Terlalu Istimewa, Fly Me To The Moon), Dayang Nurfaizah (Sepi Sekali, Hurt, lagu Tell Him duet bersama Misha Omar).
Gabungan mantap persembahan artis dan pemuzik tersohor tanah air meninggalkan kesan mendalam kepada peminat muzik orkestra.
Tidak ketinggalan menjayakan persembahan, Aris Ariwatan dengan lagu Permaidani dan Cinta Tak Kenal Siapa serta persembahan permainan alat muzik oleh duo Mohram dan Kumar.
Persembahan artis diiringi pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail, manakala penyampai berita RTM, Fathil Hidayat Ghazali dan Zamzarina Zambri sebagai pengacara rancangan yang disiarkan selama dua jam itu.
Papa rock, Ramli Sarip turut menyampaikan lagu medley Teratai/ Sejuta Wajah/ Jangan Tunggu Lama-Lama/ Nyanyian Serambi dan Kamelia.
Dalam pada itu, Ramli berkata, dia tetap puas hati sekalipun hanya membuat persembahan secara medley pada konsert itu.
“Saya yakin konsert itu berjaya mengembalikan nostalgia kepada penonton pada malam itu.
“Konsert ini juga sebahagian daripada usaha murni RTM sempena hari keputeraan baginda. RTM dan kumpulan orkestra mengambil berat mengenai pemilihan dan nilai lagu yang mudah diterima oleh semua.
“Di samping penyertaan daripada artis terkemuka tanah air, kejayaan konsert ini terbukti apabila menerima sambutan menggalakkan daripada penonton,” katanya.
Home
»
Adibah Noor
»
Ahmad Jais
»
Dayang Nurafaizah
»
Misha Omar
»
Ramli Sarip
»
Yusni Hamid
»
Hiburan berprestij dari 12 artis ternama
Related Post
Hot Fm Big Jam : Meriah !KONSERT Hot Fm Big Jam 2008 yang diadakan minggu lalu di Dataran Petaling Jaya, Selangor khusus bagi meraikan pendengar …
Siti Nurhaliza - Pertama kali rai ibu mertuaBerbeza dengan tahun-tahun terdahulu, tahun ini penyanyi jelita Datuk Siti Nurhaliza menyambut Hari Ibu bersama dengan d…
Adibah Noor ke BeijingImpian Adibah Noor akhirnya terlaksana apabila pada 25 April lalu, dia berangkat ke Beijing bersama 60 orang peminatnya …
Hiburan berprestij dari 12 artis ternamaBAGI peminat persembahan konsert hiburan berprestij, saluran RTM1 akan menayangkan rakaman Konsert Perdana Diraja Kedah …
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Hiburan berprestij dari 12 artis ternama"