SEMAKIN dekat hari raya akan disambut, semakin banyak lagu Aidilfitri disiarkan di radio. Nyata sekali lagu raya klasik alunan suara penyanyi lama masih sedap didengar kerana melodi dan seni katanya yang menyentuh perasaan apabila mendengarnya. Barulah boleh dengar suara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais, Datuk DJ Dave, Sudirman Haji Arshad, Aman Shah, Fazidah Joned, Sanisah Huri, M Nasir dan Ramlah Ram di Era, HotFM dan sesetengah radio lain kerana pada hari biasa, mereka ialah 'penyanyi tua' yang lagu mereka tidak layak disiarkan.
Nanti jatuh 'standard' radio masing-masing. Ya! Sebab, sesetengah stesen radio sebenarnya ada kriteria dalam menyiarkan lagu. Satu daripadanya, umur penyanyi. Semakin tua penyanyi itu, semakin tipislah peluang lagu mereka disiarkan di radio seperti HotFM, Era, Suria dan mungkin beberapa radio swasta lain.
Alasannya, penyanyi berumur tidak diminati atau tidak ada permintaan daripada pendengar. Mungkin mereka menafikan kenyataan ini, tetapi realitinya berapa kali dalam sehari kita boleh dengar suara Tan Sri P Ramlee, Tan Sri SM Salim, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais di radio swasta? Walhal mereka ialah legenda dan sebahagian daripada sejarah dunia muzik negara. Kini, ada radio melarang penyiaran lagu bukan disebabkan oleh persembahan muziknya.
Sebaliknya, larangan itu atau yang popular dengan istilah 'gam' menjurus kepada faktor emosional. Dalam erti kata lain, bukan kerana muzik dan seni katanya tidak bagus, tetapi kerana pertembungan tingkah laku seseorang penyanyi dengan pengendali stesen radio. Arahan 'gam' ini selalunya secara lisan. Tanpa arahan secara formal atau bertulis dan memang susah untuk membuktikan sesebuah stesen radio bertindak melarang penyiaran lagu.
Sekitar tahun 70-an, kita selalu dengar lagu Selimut Putih nyanyian Orkes Nur El Suraya daripada piring hitam milik ayah. Tapi radio (ketika itu RTM) tidak siarkan. Kita tanya ayah kenapa radio tak siarkan Selimut Putih, ayah jawab radio ‘gam’ lagu itu. Waktu itu kita tak faham apa itu ‘gam’ kecuali gam untuk melekat kertas koyak. Jauh sekali nak memikirkan kenapa Selimut Putih di 'gam'. Hanya beberapa tahun lalu, kita dapat tahu lagu Selimut Putih 'digam' kononnya seni katanya menakutkan pendengar. Alasan tak logik langsung. Pada hal seni kata Selimut Putih biasa saja. Ia adalah nasihat atau peringatan bahawa mati adalah pasti dan kita harus bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.
Pada pertengahan tahun 90-an, RTM di bawah Menteri Penerangan waktu itu, Datuk Seri Mohamed Rahmat (sekarang Tan Sri) cukup 'aktif' menguat kuasa tindakan 'gam', terutama kepada lagu kumpulan rock yang berambut panjang atas alasan imej mereka sebagai tidak berdisiplin dan selekeh. Jadi, lagu dari kumpulan rock seperti Search, Letfhanded, Wings dan May tidak boleh disiarkan. Ada juga penyanyi yang lagunya kena 'gam' tetapi selepas mahkamah mendapati mereka bersalah kerana terbabit dengan dadah, berkhalwat atau aktiviti jenayah lain. Bagi kita yang bersalah ialah penyanyi, bukan lagunya. Tapi sekarang tindakan 'gam' boleh dikenakan ke atas penyanyi yang tidak memenuhi permintaan atau cita rasa stesen radio. Perintah itu memang tidak secara rasmi tetapi ia dilaksanakan dalam senyap.
Ini berlaku dalam kes Sharifah Aini dengan RTM kumpulan Spider dan SuriaFM. Kita difahamkan Era enggan siarkan lagu dari album terbaru Ramlah Ram tanpa alasan. Kalau betul, Era kena bagi tahu kepada Ramlah kenapa lagunya tidak boleh disiarkan. Adakah Ramlah sudah tua atau lagunya memang tidak berkualiti? Ada komposer mengadu kepada kita mengenai HotFM yang campur tangan ke atas kreativiti penciptaan lagu. Sebelum lagu ciptaan mereka disiarkan di HotFM, ia mesti boleh memenuhi ‘cita rasa’ pegawai tertentu di radio ini. Ertinya mereka tidak boleh menghasilkan karya secara bebas. Apa sudah jadi dengan radio kita? Bagi penggiat industri muzik, mereka melihat kemunculan stesen radio dari sudut positif. Mereka berharap radio (dan TV) dapat bantu memajukan industri muzik tanah air.
Tapi banyak perkara yang sebaliknya berlaku. Ramai pemuzik beranggapan kemunculan banyak radio merosakkan kemajuan industri muzik, tidak menggalakkan penyuburan karya baru dan mewujudkan suasana cacamerba akibat peraturan dan polisi yang 'bukan-bukan'. RTM mungkin ada Jawatankuasa Penilai lagu, tapi bagaimana HotFM, Era dan stesen radio lain? Bagaimana bentuk garis panduan yang diguna pakai oleh mereka? Adakah garis panduan itu standard, formal dan bertulis? Apa rasionalnya di sebalik garis panduan itu? Siapa anggota jawatankuasa penilai lagu? Adakah mereka dari kalangan yang arif dengan muzik? Adakah polisi itu memang dari syarikat pengendali stesen radio atau hanya dari pegawai tertentu saja? Perkara ini perlu dijelaskan oleh setiap stesen radio.
Di sinilah profesionalisme yang mesti ada pada setiap stesen radio. Orang ramai seperti pendengar, media dan karyawan muzik ingin tahu garis panduan itu, apa sebenarnya yang boleh dan tidak boleh. Tanpa garis panduan yang standard, telus dan profesional, masyarakat ada hak mempersoalkan peranan radio terutama dalam membantu memajukan industri muzik tanah air yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu juga.
Sumber : Berita Harian
Related Post
Ringgo Fotograf ditahan di penjara VenezuelaMenurut keratan akhbar hari nie, Ringgo bekas drummer kumpulan Fotograf ditahan pihak berkuasa Venezuela. Bersalah atau …
Exist Dah Berpecah ?Ye ker Exist dah tak exist lagi ? jap aku nak ingat anggota asal exsit, kalau seingat aku lah Mamat, Along, Ujang, Ajai.…
Halim Othman BersaraTIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyampai radio lelaki paling popular, Halim Othman mengambil keputusan untuk…
Apa Beza Pelakon Bukak Baju dan Penyanyi Bukak Baju ?Tadi aku baca surat khabar utusan. Untuk mengetahui isu semasa yg hangat, aku akan baca 3 perkara dalam Utusan.1. Senyum…
Adik dan Kakak Siti Nurhaliza masuk Ujibakat AF6Hmmmm... citer baru nih. Aku nak review skit nama Akedemi Fantasia nie sikit. Akedemi nie tempat org nak belajar menyany…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Fragmen: Stesen radio kita belum profesional"