Ketepikan dulu soal jodoh – Waheeda

Beberapa bulan lalu, penyanyi dan pelakon Waheeda dikatakan bersedih kerana putus cinta sehinggakan ada yang mengatakan Waheeda sampai masuk hospital akibat terlalu kecewa.
Namun ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Kuala Lumpur baru-baru ini, kelihatan jelas terpancar keceriaan wajahnya yang kembali seperti sediakala.
Jelas Waheeda, dia sudah pun melupakan perkara itu kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada kariernya agar tidak terjejas di masa akan datang.
“Keadaan itu berlaku di luar kawalan saya dan selepas ini saya berjanji untuk cuba mengelak daripada dikaitkan dengan persoalan cinta lagi,” kata Waheeda menjelaskan keadaannya sekarang.
“Soal jodoh, saya ketepikan dahulu buat sementara. Buat masa ini karier seni saya lagi penting.
“Dulu memang pernah berasa ingin berkahwin. Tapi sekarang terserah pada jodoh,” katanya.
Perancangan tahun depan
Waheeda yang dilantik sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, kini sibuk merancang untuk menghasilkan majalah yang bercirikan kehidupan di Malaysia.
Jelas Waheeda, kontraknya bersama Metrowealth International Group (MIG) akan berakhir pada 22 Oktober ini.
“Selepas itu, saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya pada rancangan untuk ke Dubai bagi mempromosikan majalah itu di sana,” ujarnya.

Sumber : Utusan

Related Post

  • Bleh lah Roslan Syah !Last weekend... aku layan Melodi TV3.... so ader satu segmen Michelle menginterview Roslan Syah... korang tengok sendiri…
  • Siapa Bakal Juara AJL23 ?kat mana aku nak mula hari nie... sama ada nak listkan lagu-lagu yg bertanding dlm AJL23 atau terus review kekuatan seti…
  • Komen Konsert Pertama AF7Marketing strategy AF7 memancing minat aku nak tengok AF7 malam tadi adalah sebab tagline yg di war war kan selama ini a…
  • Gong Xi Fat ChaiMalaywood ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua artis dan selebriti yang berbangsa Cina di Malaysia. Go…
  • BPR - Aku Hanya SeranggaMalaywood: Pergghhhh layan...…
0 Komentar untuk "Ketepikan dulu soal jodoh – Waheeda"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info