SEJAK tahun 1993 hingga kini kumpulan KRU, yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry tidak lupa menganjurkan rumah terbuka untuk peminat-peminat.
Cuma pada tahun lepas sahaja majlis tersebut tidak diadakan kerana datuk mereka meninggal dunia.
Menurut Norman, sekarang ini biarpun tanpa kehadiran Yusry dan Edry yang sibuk menjalani penggambaran filem Cicak-Man 2 di Pulau Pinang, majlis rumah terbuka KRU tetap berjalan lancar.
Ini kerana majlis yang dianjur bertujuan memberi peluang kepada peminat-peminat untuk mengenali artis naungan KRU Production secara dekat.
“Sekarang ini kami ada atau tidak, majlis tetap berjalan kerana KRU sudah menjadi satu jenama. Lagipun inilah masa untuk peminat datang ke pejabat kami dan mengenali artis secara dekat.
“Semua artis yang bernaung di bawah KRU Production diundang tapi ada yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen lain. Kami tidak boleh paksa artis untuk datang atau membuat persembahan di majlis ini,” kata Norman yang mewakili adik-adiknya.
Majlis yang berlangsung sejak pukul 2 petang hingga 5 petang itu diserikan dengan persembahan daripada Dafi dan Flavor.
Norman terkilan
Dalam pada itu kata Norman, khabar angin yang mengatakan KRU Music Group (KMG) akan menamatkan kontrak Adam kerana tidak tahan dengan masalah yang ditimbulkan oleh penyanyi tersebut, adalah tidak benar.
Menurut Norman, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan KRU, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Saya benar-benar terkejut dan terkilan dengan kenyataan itu. Saya telah bertanya kakitangan KRU dan mereka mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Adam.
“Itu semua mungkin spekulasi pihak media sahaja. Saya juga pernah tegur Adam, kalau tidak boleh jangan berjanji. Bukan apa, Adam ini masih baru mungkin dia tidak bijak mengurus jadual kerjanya. Setakat ini pihak kami tidak ada masalah dengannya,” jelas Norman.
Adam yang popular dengan single Antara Dua, Joget Lambak dan Hai itu menurut Norman akan meneruskan kontraknya dengan KMG sebaik sahaja tamat kontrak dengan Maestro Records.
Norman juga menafikan yang Adam adalah anak emas KMG. Namun, dia tidak menafikan bahawa tahun ini adalah tahun bertuah bagi Adam.
Tegasnya, semua artis yang bernaung di bawah KMG mendapat layanan sama rata termasuklah Adam.
“Kami tidak mengamalkan konsep pilih kasih. Kalau ada artis yang tidak puas hati dengan pengurusan kami, mereka bebas untuk menarik diri.
“Selalunya, para artis akan meneruskan kontrak dengan KMG. Setakat ini yang keluar dari KMG ialah kumpulan Rabbani dan Pretty Ugly. Itupun kerana mereka ingin membuka syarikat sendiri. Malah kami turut berkongsi pengalaman dengan mereka tentang cara-cara menguruskan syarikat,” katanya terus terang.
Sumber : Utusan
Related Post
Aliff Aziz Bakal Dipenjara Kerana Mencuri Telefon BimbitPenyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah…
Konsert Search : Live In Istana Budaya 2014Search bakal menakluki Istana Budaya dalam konsert Search : Live In Istana Budaya 2014 pada 4 hingga 7 Disember ini.Kons…
Zed Zaidi teraju semula Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ?Zed Zaidi terajui semula SENIMAN selepas memperolehi 109 undi menewaskan dua calon lain, Datuk Mustapha Maarof dan Afdli…
Rahmat Mega Sertai Gegar VaganzaPeserta pertandingan Gegar Vaganza yang terdiri daripada penyanyi berpengalaman iaitu Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, …
Faizal Tahir cuma aktif dibelakang tadbir sahajaLama tak dengar citer pasal Faizal Tahir, pemilik syarikat produksi Faithful Music. Apa khabar Faizal ? bila nak ak…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "KRU teruskan tradisi rumah terbuka"