ZUBIR sebenarnya simpati dengan nasib yang menimpa Kak Melah atau empunya nama sebenar Ramlah Ram. Baru-baru ini, sekembalinya Zubir dari bersahur bersama beberapa teman yang bekerja di sebalik tabir, Zubir dimaklumkan single terbaru Ramlah, Ketentuan, ciptaan komposer hebat, Azlan Abu Hassan, khabarnya ditolak stesen radio dari memasuki carta lagu terbaru di stesennya untuk disiarkan dengan alasan lagu itu tidak bermutu. Bayangkan, Ketentuan ciptaan komposer yang pernah menghasilkan lagu seperti Terlalu Istimewa, nyanyian Adibah Noor, sekali gus dinobatkan sebagai juara lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-21 (AJL21) di TV3, baru-baru ini, dikatakan kurang memenuhi piawaian stesen radio itu sehingga ia terperap dan dipinggirkan. Ramlah kini bernaung bersama syarikat rakaman FMC. Namun, yang hairannya bukan semua stesen radio berfikiran seperti radio A, sebaliknya stesen radio B yang masih berusia setahun jagung, sudah kerap memutarkan single terbaru Ramlah itu. Zubir sendiri beberapa kali berpeluang mendengar Ketentuan dan secara peribadi, ia boleh diklasifikasikan sebagai sebuah produk yang mempunyai nilai komersil tinggi, mendengar saja korusnya, meremang bulu tengkuk beb!“Kasihan Melah, dahlah jarang buat album, sesekali muncul dengan single baru, ciptaan komposer tempatan pula tu, dianak tirikan pula stesen radio A. Aku dapat tahu, adalah juga rayuan dibuat ke atas radio A supaya memutarkan segera Ketentuan, namun jawapan yang diberikan pihak atasan stesen berkenaan, lagu Melah kurang kualiti dan mereka terpaksa menangguh penyiarannya,” mengomel seorang teman kepada Zubir selepas menikmati nasi kerabu Kampung Baru, awal minggu lalu.Pelik juga alasan radio A, bagi Zubir tak ada yang kurang pada Ketentuan, malah ia layak diangkat sebagai lagu hit tempatan masa kini, ditambah dengan vokal Ramlah yang sememangnya very the vaaast, sentuhan daripada komposer kreatif seperti Azlan pula, tidak hairan suatu hari nanti, Ketentuan bakal meletup sebagai mana Terlalu Istimewa.Bagi Zubir, mungkin radio A masih melabel Ramlah sebagai penyanyi kampung, maka lagunya tidak layak bersiaran menerusi stesen radio mereka yang kononnya hanya siarkan lagu up-to-date. Sekiranya sedikit masa lagi radio B masih bertatih itu dapat mencaras rating radio A, baru nak terkebil biji mata!
Sumber : Berita Harian
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Akhirnyer filem Mael Lambung kini dlm pembikinan... pengarahnya adalah Ahmad Idham. Sedikit gambar-gambar di lokasi pengambaran Mael Lambung...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Lagu terbaru Ramlah digam stesen radio?"