MENGGELETAR tubuh pelakon terkenal, Mustapha Kamal, 46, apabila mendengar berita menyayat hati membabitkan anaknya, Ayuna, 15, yang terjatuh dari tingkat 13 kediamannya, Ahad lalu.Ayuna kini berada dalam keadaan koma dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, adalah anak perempuan Mustapha hasil perkahwinan bersama penerbit drama, Yong Rahimah Johari, 50, pada Julai 1988.
Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Ayuni, 13.Mustapha ternyata meluahkan perasaan kesalnya terhadap kejadian yang berlaku dan menganggap ia sebagai ketentuan takdir."Apabila mendapat tahu anak saya mengalami cedera parah akibat terjatuh dari kediamannya melalui rakan bekas isteri, Gina (Lahre) perasaan saya mula berkecamuk. Tubuh saya menggeletar dan berpeluh apabila menerima berita yang cukup menyayat hati itu."Sehinggakan saya tidak mampu melakukan apa-apa. Malah saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk memandu kenderaan ke hospital berkenaan," katanya.
Selepas tiba di hospital, Mustapha yang tidak dapat menahan perasaan sebak terus melihat dan memeriksa keadaan anaknya itu. Pihak hospital memaklumkan kecederaan serius yang dialami menyebabkan Ayuna terpaksa dibedah segera. Pembedahan yang dijalankan pada lewat malam itu mengambil masa selama lebih 4 jam.Menurut Mustapha lagi, hubungannya dengan anak-anak sentiasa baik dan tidak timbul persengketaan di antara mereka."Sebelum ini, masyarakat hanya mengetahui mengenai hubungan saya dan anak-anak melalui sebelah pihak saja. Justeru, sebagai bapa, perasaan kasih dan sayang tetap ada.
"Hubungan kami sebenarnya cukup rapat walaupun dia (Ayuna) tinggal bersama bekas isteri. Sebagai anak sulung dia juga selalu bermanja dengan saya selain kerap mengirimkan SMS," katanya.
Tambahnya, mungkin ada sedikit perselisihan faham antara dia dan bekas isteri tetapi ia langsung tidak membabitkan anak-anak."Sebagai bapa saya sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak biarpun sibuk dalam urusan perniagaan dan kadang kala lakonan.
Saya juga sentiasa bersedia membantu anak-anak yang berdepan masalah," katanya. Mustapha yang popular dengan watak ahli perniagaan kaya dalam drama seperti Natasha dan juga drama bersiri Manjalara, berkahwin dengan Sarah Manen Ibrahim (Susan Menon) dan dikurniakan empat anak, Sabella Qawiema, 8, Aulia Qayyiem, 6, Salsabil Qur'ani, 4 dan Naqli Qaddiem, 1.Empat lagi anak Mustapha menerusi perkahwinan pertamanya, Darul Amir Hazin, 26, Darul Ali Hafiz, 24, Darul Azam Harris, 22 dan Dayang Aimi Shahira, 19.
Sumber : Metro
Related Post
Alunan Gambus Latin bersama FaridOleh Norliza Mohamad Zakarializa.zakaria@utusan.com.myPERNAHKAH anda mendengar lagu-lagu Latin diiramakan dengan alunan …
Keputusan Faisal disingkir, Pengundi AF dah bijak ?Peminat Akademi Fantasia sekarang sudah bijak mengundi peserta yang hanya berbakat. Kira mereka tak sokong melululah, se…
Nana Bosan kritikan liarOleh Zul Husni Abdul HamidNurul Hana Che Mahazan Nana minta diberi peluang perbetulkan kesilapanANDAI diselami lubuk hat…
Konsert ke 4 AF6 hambar ?Hari tu aku sikit punya semangat nak tengok AF6, tapi malangnyer hampeh.Kecewa ! punya lah beriya nak tgk dari awal tapi…
Gaya Santai Maya KarinMaya Karin ni tetap cantik walaupun mengenakan pakaian yang sebegini dan make-up yang nipis. Rambut Maya yang curly ni…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Mustapha menggeletar"