Seorang pelakon filem dan drama popular, Ellie Suriati Omar, 36, bukan saja kehilangan komputer riba dipercayai dilarikan bekas pekerja sambilannya sendiri, malah namanya diburuk-burukkan. Bekas pekerja sambilan terbabit yang berusia 20-an dikatakan menjual komputer riba mengandungi pelbagai dokumen penting itu menggunakan nama dan gambar artis berkenaan di laman web tertentu.Lelaki itu menyiarkan nombor telefonnya sendiri, manakala harga jualan komputer riba yang dicuri itu hanya RM1,000 berbanding harga asal lebih RM2,000.Tindakan itu menyebabkan orang ramai yang melayari laman web terbabit menyangka Ellie yang mahu menjual komputer riba itu.
Berikutan bimbang namanya dijaja dan reputasi sebagai pelakon dicemar bekas pekerja terbabit, Ellie membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, baru-baru ini.
Dalam laporannya, Ellie yang popular melalui pelbagai drama dan filem terbarunya, Syaitan mendakwa mengambil lelaki itu sebagai pekerja sambilan bagi membantu syarikatnya yang baru beroperasi di Jalan Ampang.
Dia mendakwa menggaji pekerja terbabit RM800 sebulan sejak beberapa bulan lalu sebelum memberhentikannya berpunca daripada masalah disiplin.Ellie juga mendakwa mahu menjelaskan gaji bekas pekerjanya itu secepat mungkin pada 25 September lalu, bagaimanapun sehari sebelum tarikh terbabit, lelaki itu lesap bersama komputer riba miliknya. Pelakon itu cuba menghubungi telefon bimbit lelaki terbabit tetapi gagal.Sementara itu, Ellie yang dihubungi wartawan Harian Metro semalam, mendakwa tertekan dengan perbuatan bekas pekerjanya yang tidak hanya melarikan komputer ribanya, malah turut memburukkan namanya melalui ruangan gosip hiburan sebuah akhbar kelmarin (bukan kumpulan NSTP).
Menurutnya, lelaki terbabit mereka cerita palsu kononnya dia tidak pernah membayar gaji dan mendakwanya sebagai penipu.“Malah, saya difitnah kononnya melemparkan kata-kata kesat apabila diminta membayar gaji terbabit oleh bekas pekerja terbabit,” katanya.Ellie berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana dia berniat membayar gaji bekas pekerjanya itu pada 25 September lalu.“Saya pernah menghubunginya untuk berbincang, namun dia menghilangkan diri dengan membawa lari komputer riba saya.“Ketika diminta memberi penjelasan berhubung tindakannya itu, dia memaki hamun saya dengan pelbagai kata-kata kesat sambil mengugut untuk memburuk-burukkan nama saya,” katanya yang menganggap sikap bekas pekerja terbabit tidak profesional
.Menurutnya, sebagai majikan, dia tidak pernah mengabaikan kebajikan pekerja dengan memberikan kemudahan seperti kenderaan sewa khas dan duit makan.“Saya tidak mahu menimbulkan pelbagai perkara lain yang kurang manis untuk didedahkan. Saya pernah menghubunginya supaya tidak membuat sesuatu terhadap komputer riba terbabit tetapi dibalas dengan kata-kata kesat,” katanya.Tambah mengejutkan, komputer riba itu cuba dijual dengan harga murah melalui internet menggunakan identitinya.“Fikiran saya buntu, apa yang saya risau segala dokumen sulit, terutama berkaitan syarikat akan terlepas kepada golongan tidak bertanggungjawab.“Walaupun puluhan kali saya cuba menghubunginya, dia enggan menjawab,” kata Ellie.
Sumber : Metro
Related Post
Nabil melengahkan perkahwinan dengan Irma ?SERASI... Nabil dan Irma sepakat untuk melangsungkan perkahwinan tahun depan namun masih belum mencari tarikh yang sesua…
Kisah empat selebriti bertudung di AidilfitriTIDAK kira pangkat atau darjat, tua ataupun muda, berharta mahupun tidak, Aidilfitri tetap dirayakan dengan penuh kesyuk…
Zizie dan Bung Kini BahagiaZIZIE dan Bung Mokhtar kini bahagia melayari rumah tangga mereka.RIAK wajah dan bahasa tubuhnya sudah cukup menggambarka…
Siti nafi buat rawatan kesuburan di LondonSITI tidak mampu untuk menolak permintaan stesen televisyen yang mahu menerbitkan program raya untuknya.SEJAK mendirikan…
Koleksi Gambar YunaYuna juga di ketegori kan sebagai ikon fesyen... fesyen nyer sarat barat lagi berlapis lapis menjadi trend remaja wanita…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Pelakon tertekan sikap bekas pekerja"