Rozita diburu kerabat


SUDAHLAH cantik, makin popular pulak tu. Anak jati Kedah ini tidak menang tangan menerima tawaran menjayakan drama dan komersial. Malah, bekas pramugari ini laris sebagai penghias muka depan majalah dan akhbar.
Mungkin sudah tertulis tuah Rozita Che Wan di layar kaca.
Melihat perkembangan positif ini, tidak hairan mengapa palakon Susuk 2 dan Diari Ramadan Rafique ini mula menjadi perhatian orang kenamaan, termasuk ke r a b a t .

Kerabat mana tu biarlah jadi rahsia, tidak manis andai CAK dedahkan di sini. Yang boleh CAK jelaskan di sini, kerabat itu menghubungi Rozita untuk menyatakan rasa kagumnya dengan wajah anggun pelakon ini yang menjadi penghias muka depan sisipan Selebriti Metro Ahad tiga minggu lalu.
CAK difahamkan, panggilan itu tidak sama sekali ‘menundukkan’ Rozita. Malah, dek kerana sikap acuh tak acuhnya, dia dicop sebagai sombong oleh kerabat b e r ke n a a n .

Bagi CAK, tindakan Rozita tiada salahnya.
Setidak-tidaknya, aktres jelita ini ada pendirian dan tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
Paling penting, tindakannya membuktikan tidak semua artis cantik dan popular memburu golongan berada dan berpangkat kerana yang lebih diutamakan adalah keikhlasan dan cinta sejati.
Sumber : Metro

Related Post

  • Tragedi (TV3) vs CSIAku memang tak suka tengok drama tempatan. Kenapa ? Bosan.. Tak Best dan Stereotype...Semalam aku terbaca dalam ruangan …
  • Petronas Commercial BreakLast Chinese New Years (CNY), Petronas has comeout with a very meaningful moment for CNY commercial break. The theme is …
  • jury’s choice and people’s choice: AJL 20According to Tam (Spider), “Fans can vote for the best performance award winner, with 50% of the marks coming from viewe…
  • Tanya Linda (Hantu)Tanya Linda adalah satu rancangan yang tidak memberi banyak kemanfaatan samada dari segi ilmiah atau pun rohaniah... cor…
  • Gerak Khas (siri TV)Gerak Khas hari ini sudah boleh diiktiraf sebagai siri drama polis yang terbaik di Malaysia buat masa ini. Walaupun tara…
0 Komentar untuk "Rozita diburu kerabat"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info