Pelakon Sheila Rusly menangis teresak-esak dan kecewa kerana tak tahan difitnah oleh kawannya sendiri iaitu seorang pengacara lelaki sensasi.
Sebenarnya hubungan Sheila dengan pengacara tersebut sebelum ini macam isi dengan kuku. Semua program yang diterbitkan pengacara itu, Sheila akan turut serta.
Tapi tak sangka pula dalam baik punya baik tu, si pengacara sanggup menyebarkan fitnah ke atasnya. Kisahnya tak besar mana pun. Sheila buat majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih di rumahnya di Gombak.
Selain beberapa artis dan wartawan yang diundang, pengacara mulut becok itu pun dijemput sama tetapi dia datang semasa semua orang dah balik. Pengacara itu kononnya naik angin dan mendakwa Sheila menyuruhnya pulang kerana majlis sudah habis.
Kerana insiden kecil itu, pengacara berkenaan dikatakan menyebarkan cerita Sheila tak buka pintu rumah dan suruh dia balik walaupun ketika itu si pengacara dah nak sampai depan rumah Sheila.
Semasa Niezam berborak dengan Sheila Selasa lalu, dia menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Sheila apa yang diceritakan si pengacara kepada orang dan sebilangan wartawan hiburan itu jauh menyimpang.
Kata Sheila, takkanlah orang dah sampai di depan pintu rumah dia tak nak buka? Kalau lauk-pauk habis sekalipun paling tidak dia boleh goreng mi untuk pengacara itu.
“Dia bagi tahu aku nak datang tapi dia bagi syarat jika ada wartawan si anu dan si anu dan artis si anu dan si anu, dia tak mahu datang.
“Aku cakap, artis dan wartawan yang dimaksudkan itu tak ada dan dia pun setuju nak datang tetapi lewat sikit kerana ada hal.
“Semasa dia telefon aku selepas itu, dia maklumkan baru nak masuk lebuh raya. Aku cakap padanya wartawan semuanya dah balik dan dia kata tak apa.
“Aku kata pada dia lagi kalau macam tu kita jumpa raya nantilah dan dia pun cakap okey,” cerita Sheila.
Bagaimanapun Sheila terkejut timbul pula cerita kononnya Sheila suruh pengacara tersebut balik walaupun sudah sampai di depan rumahnya. Sebaliknya selepas majlis itu, Sheila tak nampak kelibat artis lain melainkan pelakon Sharifah Sahora yang masih ada di dalam rumahnya itu.
“Aku tak sangka di bulan Ramadan boleh berlaku perkara yang macam ini. Aku bagi tahu dia (pengacara) minta Allah bagi petunjuk di atas apa yang berlaku,” jelas Sheila yang ternyata sedih dengan peristiwa tersebut.
Niezam dan beberapa rakan wartawan termasuk artis turut menghadiri majlis tersebut yang dibuat Sheila secara sederhana. Tetapi sepanjang berada di rumah Sheila itu, dia tak maklumkan yang pengacara berkenaan nak datang. Kalau Sheila beritahu, rasa-ra
sanya mesti ada wartawan yang ‘blah’ awal-awal lagi sebab banyak yang tidak selesa dengan pengacara itu.
Di sebalik peristiwa itu ada pula gosip yang tersebar mengatakan si pengacara itu nak jumpa sangat wartawan sebab nak undang ke majlis pelancaran sebuah program dia. Patutlah dia nak datang juga walaupun dah tengah malam.
Apa-apa pun Niezam harap Sheila tabah dengan ujian yang berlaku itu. Kepada si pengacara itu pula dah tua-tua ni janganlah sikit-sikit nak sentap saja!
Sumber : Utusan
Related Post
Hampir 10,000 peminat saksikan Konsert solo Gwen Stefani malam kelmarinKATALAH apa saja mengenai penyanyi berambut perang ini. Seksi, tidak bermoral atau mampu membawa pengaruh kurang baik ke…
Sedutan Adengan Lara dan Jofri…
Dafi hibur peminat BeraPeminat bekas peserta Akademi Fantasia 5, Mohd. Gaddafi Ismail atau Dafi, pastikan jangan lepaskan peluang bermesra deng…
Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?Hans Isaac dan Fasha Sandha bercinta? Cepatnya Hans Isaac cari pengganti selepas putus cinta dengan Erra Fazira yang sed…
Lirik Satu Harapan - Lagu Tema Drama ManjalaraBiarpun beribu halangan mahu ungkapkan dari sesiapaTakkan ku menyiarkan saja semua kata merekaTiap hari ku baca satu per…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Sheila Rusly difitnah kawan baik"