KENYATAAN penyanyi Amy Serach mengenai sikap radio swasta yang dikatakan keterlaluan memutarkan lagu penyanyi Indonesia turut mendapat maklum balas Hot FM.Kalau sebelum ini Hot FM mengambil sikap berdiam diri di saat pelbagai pihak memberi kenyataan dengan mendakwa radio swasta tidak membantu industri muzik tempatan dan tidak patriotik, akhirnya orang kuat Hot FM tampil membela diri.Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang asing tetapi berdasarkan perkembangan muzik semasa.
“Kalau kita lihat secara umum, karya Indonesia semakin mendominasi pasaran muzik di Malaysia. Jika diimbas kembali tatkala negara hangat dengan pengaruh Hindustan, hampir semua stesen radio tempatan memainkan lagu Bollywood.“Bagi saya fenomena ini bermusim. Sebagai stesen radio baru yang pantas berkembang, Hot FM mencuba sedaya upaya menyiarkan segala yang terbaik untuk pendengar.“Pihak kami turut melaburkan ratusan ribu ringgit setiap tahun bagi membolehkan penyelidikan membabitkan permintaan jalur muzik manakah yang dimahukan pendengar sasaran.“Setiap tahun juga membuktikan terdapat sambutan yang tinggi daripada pendengar tempatan terhadap muzik dari Indonesia,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Hot FM dan Fly FM.
Katanya, tidak wujud soal diskriminasi dalam organisasinya membabitkan karya tempatan atau seberang kerana apa yang diputarkan di stesen itu setiap hari memenuhi kriteria ditetapkan.“Memandangkan Hot FM mensasarkan pendengar berumur 15 hingga 30 tahun, lagu yang dimainkan perlu sesuai dengan cita rasa golongan ini.
“Kami tidak pernah mengabaikan penyanyi dan karya tempatan kerana menyiarkan lagu artis tempatan sama ada lama dan baru, popular atau tidak.
“Contohnya kami memberi laluan kepada artis yang menghasilkan muzik bagus tetapi bergerak sendiri seperti Meet Uncle Hussin dan Estranged. Malah lagu terbaru Ramlah Ram turut disiarkan dan mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.Seelan turut menggesa penggiat industri muzik agar lebih peka terhadap gaya muzik terkini untuk memikat selera pendengar memandangkan mereka inilah konsumer muzik yang membeli album dan muzik menerusi digital.“Pendengar lebih bijak memilih dan tidak mudah ‘disogok'. Dalam hal ini, terpulang kepada kreativiti penggiat seni tempatan untuk memenangi hati dan halwa telinga pendengar.
“Apa yang kita lakukan sekarang ialah menghadkan lagu Inggeris dan meletakkan lagu Indonesia sebagai lagu serumpun tetapi hanya kurang 25 peratus daripada keseluruhan lagu Melayu yang diputarkan.“Kalau menyentuh pengaliran wang keluar, saya tidak nafikan ia berlaku tetapi ia senario yang biasa bagi mana-mana stesen radio.“Hot FM juga cuba mengambil beberapa inisiatif menghidupkan kembali industri muzik pada 2008. Namun begitu, ia mungkin satu perubahan kecil kerana selebihnya terletak di tangan penggiat seni itu sendiri,” katanya.Antara penyampai Hot FM yang hadir di majlis berbuka puasa itu ialah Putri Andreanna Syiqim Mohd Razalli atau Anne, Sharifah Aleya, Ikhwan dan Azura. Anne bertugas pada pagi raya untuk menemani pendengar dengan celotehnya.
Sumber : Metro
Related Post
Tak Suka Siti Nurhaliza Bertudung ?Malaywood ada melawat satu blog yang bernama "BarkingMagpie" yang 'mempostkan' article yang tajuk "I am disappointed wit…
Sapa Artis Paling lawa kat Malaysia?Last year (Dec 07), Malaywood ada buat polling, Sapa Artis Paling Lawa antara Rozita Che Wan, Maya Karin dan Erra fazira…
Gambar Diana Danielle dan Nicholas Shahputra tak 'macthing' ?Nicolas Shahputra (hero 'Apa Ada Dengan Cinta?') dan Diana Danielle sewaktu sesi fotografi di Studio Utusa…
Uji Bakat AF6Ujibakat kat Bukit Jalil dah habis dah ari tuh. Smalam baru start kat Kota Kinabalu dan Kuching. Arini dah bleh dah serb…
Iklan of the Month: Nissan Grand LavinaMalaywood rasa, iklan nie iklan baru yang paling best ada kat TV. Motif dan idea dia klakar lah.…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Tiada niat diskriminasi"