Kes Faizal Tahir Bukak Baju : Tak Salah



Hmmmm.... apa kecoh-kecoh sangat bila Faizal Tahir bukak baju? Teruk sangat ker tindakan dia tuh...? kalau korang renungkan apa yang rata-rata Judge rancangan realiti TV cakap. Baik rancangan Akademi Fantasia, OIAM, Malaysian Idol, Mentor, Gang Starz...etc

"Korang kena feel... feeeelllll"

"Persembahan awak tak de jiwa... takde SOUL"

So.. bila Faizal Tahir keluaran produk realiti TV beri sembahan yang ada jiwa, ada soul... korang kata over... bla.. bla...

Macam mana lah industri muzik di Malaysia nak berkembang. Artis berbakat besar macam Faizal Tahir nie memang susah nak cari. Tapi kalau kita dah sekat kreativiti dia, so lepas nie... persembahan Faizal Tahir akan jadi macam ayam berak kapur jer lah.

ARtis luar negara yang perform kat Malaysia bleh pulak. Ohh... itu mungkin budaya diaorg. Budaya apa? budaya melayu jugak... goyang gerudi yang eksotik tu bleh pulak. Tak paham aku, mengapa kita nak menghukum Faizal.

Nie ada satu analogi, Emam Manan beraksi bukak baju dalam filem Puteri, CD Oraza beraksi bukak baju dalam filem Sayang Salmah, Nasir Bilal Khan beraksi bukak baju dalam filem Isteri, Perempuan dan ... Malaywood nak tanya, Apa bezanya aksi bukak baju diaorang nie dengan aksi Faizal Tahir. Apa bezanya? Sendiri mau jawablah. Kenapa nak 'gantung' Faizal dalam hal macam nie. Faizal tu laki, apa nak kisah, kalau dia pompuan lainlah cerita.

Kalau nak gantung, Malaywood rasa lebih baik gantung Zarina An Julie. Korang lebih tahu kenapa. Korang sendiri dah tengok gambar aksi panas Zarina (Mia anak Pontianak) memualkan. Gantunglah artis yang tak moral macam tuh.

Aku nie bukanlah peminat Faizal, tapi cuma tak paham kenapa nak 'gantung' dia. Bagi aku, aksi macam tuh biasalah. Takde lah teruk sangat. Artis Hollywood, Bollywood dan Idonwood yang beraksi kat negara kita lagi lah teruk. Tapi kenapa boleh terima ?

Malaywood: Tak setuju 'gantung' Faizal Tahir.
6 Komentar untuk "Kes Faizal Tahir Bukak Baju : Tak Salah"

Saya juga kurang bersetuju dengan pengantungan Faizal kerana agak sukar untuk menemui artist tempatan seperti beliau. Pada pendapat saya, pertandingan OIAM pada tahun ini agak hambar.

setuju..lagipun body dia ok apa... jaga kesihatan mamat ni..takde la boroi

i pon kurang setuju ngan perngantunan dier. Tp kan..naper la dier tak pakai permenant marker :|

Bagi saya Faizal ni berlambak artis macam ini, kalau macam P Ramlee atau Sudirman memang sukar dicari. Kalau artis tidak tahu adab, tata susila dan batasan. Ia tiada nilai lansung, kita boleh cakap, takat buka baju, lepas ni kalu dia bukak seluar atau bogel pun, ada lagi orang yang akan bela dia. Itu hak peribadi dia, apa kita nak campur? Ini nama orang yang tidak ada Nilai dan Pegangan Agama. Faizal asal usul dari kumpulan nasyid, terpesong sampai gini, muhasabah diri lah dulu, jangan buat minta maaf, kena fikir dulu sebelum buat. Sebab kita manusia ada otak! kalau asik minta maaf berkali2 orang dah lali dengan perangai kita. Pandangan ini untuk memperbetulkan dia kejalan yang baik. Kalu dia rasa hebat dan betul, teruskan sahaja. Nak buat gempar dunia pun, apa orang nak kisah. Bagi saya hukuman itu tidak berkesan sangat hanya di TV 8, sepatutnya semua TV dan lagu-lagunya di GAM semua radio.

Kalau nak compare Faizal dengan Allahyarham P.Ramlee dan Sudirman pun, memang lah artis seperti mereka adalah sukar untuk dicari kerana mereka berdua ni berasal dari zaman yang berbeza.

btol2..mase die di ban,aku terkejut sangat, lelaki bukak baju bende normal...cube kite fikirkan..kalau kat kampung2 ker atau kawasan perumahan..kalau lelaki tanggalkan baju...korang mesti rase normal kan..tp kalau perempuan tanggal baju...korg mesti cakap seksi kan..lgpon aurat lelaki pusat ke atas..sket jer nampak..yg pompoan tu, aurat yg ditayang2 kan, ttg bab Allahyarham P.Ramlee dan Sudirman, lain zaman beb, cube bayangkan klu faizal ikut mcm diorg, ade kemungkinan x laku, nie fakta walaupon rmi minat Allahyarham P.Ramlee dan Sudirman, tetapi budak2 generasi br dh mempunyai minat muzik yg berbeza, lgpon skg nih klu jd artis byk dugaan, zaman dulu kurang sket..skg artis dh berlambak..kena ade kelainan, br bukak bj sket dh melenting..xkesah ar die penyanyi nasyid ker ape ker, yg penting die x bukak seluar dhler, tu dh melbihi batas2 kemanusiaan, sume org tau...MCMC ni just nk tnjuk kuase jer..

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info