Zainal Alam Bakal Ganti Aznil untuk AF6

Zainal Alam


Sekarang ni khabar angin terbaru yang bertiup kencang mengatakan Zainal Alam Kadir, pengacara Wayang Kita di Astro Ria bakal menggantikan Aznil mengacara Akademi Fantasia Keenam (AF6).

Khabarnya Zainal Alam disebut-sebut bakal menggantikan Aznil kerana fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Keduanya kerana Zainal Alam dikatakan mempunyai kebolehan membuatkan penonton ketawa dan menangis seperti yang ada pada Aznil.

Bagaimanapun ketika ini keputusan muktamad belum dibuat lagi. Tapi kalau tak ada apa-apa halangan memang dia antara yang akan menggantikan Aznil.

0 Komentar untuk "Zainal Alam Bakal Ganti Aznil untuk AF6"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info