NAMA pemilik wajah jelita ini agak kurang didengar sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang menyangka dia telah meninggalkan dunia seni yang telah menjadi makanan rujinya sejak sedekad yang lalu.
Namun, apabila bertemu dengan pemilik nama Dayang Nur Camelia Abang Khalid ini pada majlis pelancaran butik terbaru jam berjenama mewah, Omega di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia menepis segala khabar angin yang disifatkannya sebagai mengarut itu.
“Saya tidak pernah menghilang dari dunia seni. Malah, saya masih lagi aktif dan sering memenuhi undangan untuk persembahan makan malam. Mungkin kerana wajah saya tidak terpampang di majalah mahupun akhbar, orang ramai beranggapan begitu. .... lagi
Sumber: Utusan Malaysia
0 Komentar untuk "Camelia tidak pernah menghilang diri"