Kemana hala tuju Blues-Rock di Malaysia ?

Genre muzik Blues atau Blues-Rock semakin tenggelam dan seolah-olah hampir pupus. Semua orang tahu, tiada siapa mampu menggantikan Papa Blues - Ito dari kumpulan Blues Gang. Tapi ketika zaman 80an dulu, bukan Blues Gang sahaja yg memperjuangkan muzik blues. Adalah satu kumpulan yang namanya RAMPA, penyanyinya bernama POEI (ejaan aku tak pasti). Dulu orang kuat majalah Gelihati (suatu majalah humor popular sekitar tahun 80an).

Aku baru dapat video klip lagu RAMPA zaman 80an dulu. Lagu yg berjodol "Antara Kita dengan Iblis dan Syaitan".



Klip videonya dah dimodenkan mengikut isu-isu semasa. Bagi aku, lagu dia, BEST. Muzik tiada tandingan dari band Indonwood. Kelas !! lagu macam nie lah yg patut anak-anak muda dari group-group underground patut explore. Tanyalah sifu-sifu dan otai-otai rock zaman 80an dulu. Hanya muzik rock 80an yg membawa zaman kegemilangan muzik Malaysia dipersada rantau asia tenggara.

Malaywood: Ito is the true Papa Blues ... you BLUES !!
0 Komentar untuk "Kemana hala tuju Blues-Rock di Malaysia ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info