“Fasha datang 10 minit kemudian memakai baju kurung putih, tudung putih dan tanpa solekan (memang tak dinafikan, pada aku dia cantik walaupun tak bersolek). Dia datang ditemani dua perempuan dan seorang lelaki (macam body guard yang dalam Melodi TV3 hari tu)....more
“Adegan bermula apabila Fasha masuk, dia terus bersalaman dengan semua tetamu wanita yang ada di situ, termasuklah anak-anak yatim, makcik dan artis yang ada, termasuklah aku). Nora pun ada kat situ, jadi Fasha pun hulur tangan untuk salam Nora, tiba-tiba Nora menepis tangan Fasha! Tapi yang mengejutkan aku, Fasha dengan selamba masih menghulurkan tangan walau pun sudah ditepis!
“Akhirnya apabila Nora tengok banyak mata yang memandangnya, dia dengan berat hati pun salam tapi salam hujung jari je. Selepas itu dia terus bangun dan ‘buat muka’ sambil mengomel sesuatu. Semua yang ada dekat situ terkejut dengan apa yang Nora buat sebab itu majlis tahlil. Tapi Fasha macam tak ada perasaan aje aku tengok. Nora buat macam tu pun Fasha tetap senyum, lalu duduk di sebelah adik bongsu Erma. Lima belas minit kemudian, majlis bacaan tahlil dan yasin pun bermula.
sumber: Berita Harian
0 Komentar untuk "Nora Danish tepis tangan Fasha (tak nak salam)"