AFMasuk kejutan basi


SHAHIR bersemangat meneruskan perjuangan dalam AF8.



SEPERTI yang dijangka ramai, rancangan realiti popular Malaysia, Akademi Fantasia musim ke- lapan(AF8) meneruskan tradisi 'kejutan' mereka dengan mengadakan AFMasuk.

Menyelusuri perjalanan AF sebelum ini, Aril, Linda, Mawi, Marsha dan Lotter adalah antara yang telah diundi masuk semula memberi mereka peluang kedua untuk terus beraksi.

Kali ini, AF8 yang diterajui oleh Norman Abdul Halimsebagai pengetuanya menyaksikan pelajar Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi dimasukkan kembali ketika Malam Debaran AF8 minggu kelapan.

Shahor yang tersingkir pada minggu ketujuh, diberi peluang kedua oleh jari jemari rakyat Malaysia yang mengundinya sehingga 68.6 peratus bagi melayakkan dia berjuang kembali di dalam AF8.

Undian masuk ini diumumkan oleh pengacara Sarimah Ibrahim menerusi malam debaran AF yang disiarkan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Ahad lalu.

Malaywood : menyampah ....

Related Post

  • Mawi in the WikipediaAsmawi bin Ani, better known as Mawi, is a Malaysian singer and a Third Season winner of Malaysia's popular reality show…
  • Mawi jadi penerbit ?MAWI menyerahkan cenderamata kepada Razali Ibrahim selepas pelancaran Mawi World Entertainment di Seri Kembangan, Selang…
  • OIAM 3 vs AF7Dalam pencarian mengasah bakat baru industri muzik, aku rasa OIAM lebih menyerlah berbanding Akademi Fantasia. Rata-rata…
  • Keputusan Faisal disingkir, Pengundi AF dah bijak ?Peminat Akademi Fantasia sekarang sudah bijak mengundi peserta yang hanya berbakat. Kira mereka tak sokong melululah, se…
  • Teka-teki antara Aznil dan AF 7Nama aznil cukup sinonim dengan Akademi Fantasia (AF). Musim AF6 lalu, AF nampak hilang seri tanpa kelibat Aznil. AC Miz…
0 Komentar untuk "AFMasuk kejutan basi"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info