Teater Imam Al-Bukhari




Pengarah Othman Zainuddin memberi taklimat kepada pelakon-pelakon teater Imam Al-Bukhari.

MENGANGKAT sejarah periwayat hadis terulung, Imam Al-Bukhari sebagai intipati teatermerupakan langkah pertama Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) berdakwah menerusi platform hiburan.

Menonjolkan bakat pengarah Othman Zainuddin, teater Iman Al-Bukhari berkisar kepada jerih-perit dan perjuangan tokoh Islam terulung itu.

Imam Al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Mughirah bin Bardizbah merupakan salah seorang daripada enam tokoh penghimpun hadis sahih yang terkenal s elain Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam Nasa'i, dan Imam Ibn Majah.



Beliau yang dilahirkan di Bukhara (Uzbekistan) pada 810 Masihi bersamaan 13 Syawal 194 Hijrah telah menjelajah ke seluruh tanah Arab termasuk Kufah, Mesir, Damsyik dan Baghdad dalam misi pengembaraannya untuk mengumpul, memulihara dan mempertahankan hadis yang menjadi sumber rujukan umat Islam sehingga ke hari ini.
Menurut Norlee Haziani Ahmad dari Unit Komunikasi Korporat WANCorp, pementasan teater tersebut bermula semalam dan berakhir malam ini di Persada Johor.

Selain dianjurkan bersama Yayasan Warisan Johor (YWJ), teater Imam Al-Bukhari turut mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Mufti Negeri Johor.

Jalinan kerjasama itu merupakan yang pertama dalam bidang pementasan teater negara sekali gus memberi gambaran positif terhadap usaha berdakwah menerusi teater.

Meskipun tidak membariskan pelakon-pelakon popular, namun WANCorp yakin teater tersebut mampu menjadi panduan buat masyarakat Islam di samping berhibur.

Tambah Norlee, pihaknya berpuas hati dari segi jualan tiket yang menyaksikan sambutan menggalakkan di kalangan peminat teater. Untuk maklumat lanjut mengenai teater ini, hubungi07-2192692 sambungan 2718 atau 2784.
0 Komentar untuk "Teater Imam Al-Bukhari"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info