Ana Raffali mohon maaf kepada peminat dan rakyat Malaysia

SOKONG... karier seni Ana mendapat sokongan penuh daripada ibunya, Hajijah Rashid (kiri) dan ayahnya, Mohd. Raffali Mohd. Nor (tiga dari kiri) serta abangnya, Mohd. Hardi Razlan.



BELUMPUN dua tahun mencipta nama dalam dunia seni, Ana Raffali yang terkenal dengan imej berbaju kurung dan berkebaya ketika membuat persembahan terpaksa berdepan dengan kontroversi.

Semuanya gara-gara Ana menyanyi slanga mat salih dalam semua lagu dari album pertamanya Ketika Aku Kecil yang telahpun berada di pasaran.

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali dan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dikatakan tidak menghormati bahasa ibundanya sehinggakan menyanyi pekat dengan slanga mat salih.

"Maafkan saya, saya tidak ada niat untuk menghina bahasa Melayu. Tetapi mungkin kerana terlalu biasa bercakap dalam bahasa Inggeris hingga membuatkan lidah saya lali dan menyanyi dengan slanga mat salih.
0 Komentar untuk "Ana Raffali mohon maaf kepada peminat dan rakyat Malaysia"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info