Cerita hubungan cinta Fasha Sandha dan Jejai (Rizal Ashram Ramli) dapat perhatian dengan cara yang pelbagai. Yang menyokong tetap sokong apa sahaja yang Fasha lakukan dan takkurang juga yang melihat pengakuan Fasha dalam konteks yang lain.
Gosip akhbar juga ada yang mengusik Fasha apabila membuat kenyataan pasal hubungannya. Apatah lagi hanya Fasha yang membuat pengakuan, bukannya keluar daripada mulut lelaki yang disebutkannya itu.
Lebih membuat orang rasa tak sedap ialah apabila Fasha mengakui tidak pernah berjumpa keluarga Rizal dan tidak kisah apa pandangan keluarga Jejai kerana mereka hanya bercinta dan belum fikir pasal berkahwin lagi.
Menyedari macam-macam hal yang timbul selepas membuat pengakuan, Fasha turut berbincang hubungan dengan buah hatinya malam tadi. Fasha memberitahu semua pengikutnya dalam laman Twitter pasal perbincangannya dengan lelaki yang disebut sebagai my love.
Fasha mengatakan pelbagai cerita negatif yang muncul ekoran pendedahannya membuatkan hubungan mereka semakin hari semakin kuat.
Malaywood : Apa-apa pun ... restu keluarga paling penting... nnt pagi raya bila balik rumah mentua, nak salam sapa ?
1 Komentar untuk "Percintaan Fasha-Jejai makin kuat ?"
Aku rasa Fasha ni jenis kaki kaki perasan...belum apa2 lagi dah dakwa Jejai tu kekasih dier...tak malu ke?
Mentang2 le Jejai tu jutawan segera ada helikopter, kemaruk harta ke apa?