TIDAK kira pangkat atau darjat, tua ataupun muda, berharta mahupun tidak, Aidilfitri tetap dirayakan dengan penuh kesyukuran oleh masyarakat Islam seluruh dunia.
Saban kali tibanya Aidilfitri, pasti kemeriahan lagu-lagu raya, juadah istimewa di pagi raya dan kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara sambil saling bermaaf dan mengunjungi antara satu sama lain terbayang di mata.
Berbagai kisah, kenangan dan aktiviti sepanjang lebaran mengukir memori tersendiri bagi setiap individu.
Begitu jugalah dengan empat selebriti popular bertudung iaitu Heliza Helmi, Syarifah Nur Syed Ali, Farah Dianaa Anuar dan Siti Nur Syafiqa Amirul Melvin.
Jika Heliza dan Farah lebih condong kepada bidang nyanyian dan lakonan, Syarifah Nur dan Fiqa pula merupakan dua pengacara yang tidak asing lagi bagi penonton TV9 dan TV3.
Apa yang pasti, keempat-empat selebriti ini menyimpan kisah tersendiri yang ingin dikongsikan bersama pembaca Malaywood
0 Komentar untuk "Kisah empat selebriti bertudung di Aidilfitri"