BERDEPAN dengan kemelut pengurusan ketika kariernya baru hendak bermula tidak pernah mematahkan semangat anak muda berusia 24 tahun ini.
Biarpun ada yang meramalkan perjalanan seninya hanya akan terhenti di pertengahan jalan kerana permasalahan yang berlaku ketika itu, Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali dengan panggilan Nubhan sentiasa berfikiran positif.
Ada ketikanya juga hatinya terselit rasa cemburu apabila melihat rakan seperjuangannya tersenyum bangga kerana sudah memiliki album sendiri, tetapi Nubhan percaya setiap rezeki telah ditentukan sebaiknya oleh Yang Maha Esa.
Jauh sekali juga untuk mengibarkan bendera putih sebagai tanda mahu menamatkan perjuangannya yang belum selesai itu, bagi Nubhan, tempoh tiga tahun kebelakangan ini telah membuka matanya terhadap persekitaran sekeliling.
“Dalam tempoh tiga tahun ini, saya harus akui ia merupakan perjalanan yang cukup mencabar buat saya dalam membina nama sebagai seorang artis. Banyak yang telah saya belajar dan pengalaman yang saya perolehi untuk menguatkan semangat agar terus berada dalam industri.
“Selepas apa yang berlaku dalam pengurusan baru saya, pernah juga saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan saya terutama sekali projek album sulung saya yang sudah lama dirancangkan. Tidak pernah ada istilah putus asa dalam kamus hidup saya.
“Akhirnya saya dapat memiliki apa yang saya idamkan selama ini biarpun perlu menunggu lama. Walaupun ada yang berpendapat penantian itu satu penyiksaan tapi bagi saya, penantian saya selama ini memang cukup berbaloi. Terima kasih kepada pengurusan saya yang terus percaya dengan bakat dan kebolehan saya untuk menerbitkan album ini,” ucap Nubhan yang cukup masyhur dengan lagu Ada Untukmu itu dalam nada syukur.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, Langkah…Nubhan di Kelab Borneo Baruk, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut hadir penghibur terkenal, Ning Baizura dan Pengarah Urusan Artistes United Records (AUR), Michael Ang yang juga penerbit eksekutif untuk album Langkah…Nubhan.
Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam mengemudikan karier Nubhan sejak tiga tahun lalu, Ning memberitahu, dia tetap akan membantu anak didiknya itu walaupun pernah melalui waktu sukar.
“Janji saya dari dulu adalah untuk mengembangkan lagi karier Nubhan. Tidak kira kalau ia mengambil masa yang lama kerana saya berpegang pada janji.
“Saya percaya dengan pengurusan baru di bawah pentadbiran Michael Ang dan pengurus artis, Poji Samad, karier Nubhan akan terus berkembang maju selepas ini dengan kemunculan album sulungnya,” kata Ning yang juga bekas pengkritik tetap Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu lagi.
Related Post
Penantian enam tahun Ning BaizuraNing Baizura merupakan artis yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkebolehan menyampaikan lagu bernada tinggi m…
Ning Mengembara ke Kota LONDON“Misi utama saya melebarkan sayap ke luar negara adalah untuk mereka menilai bakat saya... suara saya... muzik saya...“D…
Berbaloi Nubhan tunggu selama tiga tahunBERDEPAN dengan kemelut pengurusan ketika kariernya baru hendak bermula tidak pernah mematahkan semangat anak muda berus…
Berhibur, beramal bersama Anuar Zain, Ning BaizuraPEMINAT-PEMINAT Anuar Zain, berpeluang menyaksikan persembahan selama satu jam bersama beliau sambil beramal di majlis m…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Berbaloi Nubhan tunggu selama tiga tahun"