Imej Seksi: Nana cari publisiti murahan ?

Dulu penampilan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini jarang kelihatan menjolok mata.

Baju kurung dan kebaya sungguh sinonim dengan penampilannya. Kalau bergaya yang lebih kasual pula, Nana sering dilihat mengenakan seluar panjang serta kemeja yang sopan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, Nana yang telah memegang status janda lebih setahun mula berubah imej.

Dilihat di majlis-majlis hiburan baru-baru ini, Nana mula beraksi lebih berani dengan pakaian yang lebih menunjukkan kulit.

Malah pada satu sesi fotografi yang diaturkan baru-baru ini, Nana hadir dengan gaun indah ciptaan pereka muda Hazril Hisyam yang menampakkan dada dan bahu.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika artis hadir ke sesi fotografi berpakaian sedemikian. Tetapi ia menjadi pelik kerana dia adalah Siti Nordiana, seorang penyanyi yang dikenali dengan imej sopan satu ketika dulu. Nak cari publisiti ker ?


0 Komentar untuk "Imej Seksi: Nana cari publisiti murahan ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info