Kumpulan Sepah Raja Lawak tidak menyesal berhenti kerja

KUMPULAN Sepah menyertai pertandingan Raja Lawak musim ke-3 (RL3) dua tahun lalu kerana menyahut cabaran kawan-kawan yang mahu melihat bakat mereka sebagai pelawak.

Bukan sahaja tidak berniat menjadi pelawak sepenuh masa, malah kumpulan trio ini juga asalnya berhasrat kembali kepada kerjaya masing-masing selepas berakhirnya RL3.


Bagaimanapun, juara RL3 ini akhirnya tidak mampu menolak rezeki yang datang mencurah-curah dalam bidang lakonan selepas menjuarai pertandingan tersebut.

Menurut salah seorang anggota Sepah, Jep, dia dan dua lagi anggota kumpulannya tidak menyangka akan menceburi bidang lakonan dan melupakan terus kerjaya lama mereka.


"Sebelum ini, saya dan Shuib misalnya, bekerja sebagai ramp agent atau pengawal bahagian lalu lintas di Lapangan Terbang Senai di Johor. Pendapatannnya agak bagus juga.

"Sementara Mamat pula kerja sendiri dan kadang-kadang tidak bekerja. Tetapi selepas menang RL3 ada kawan-kawan cabar kami supaya cuba kerjaya sebagai pelakon.

"Kami memang pernah ada niat mahu 'berpatah balik' kepada kerja-kerja lama, tetapi selepas hampir dua tahun menjadi pelakon kami dapati pendapatan bidang ini lebih bagus," katanya.

Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin menyingkap pengalamannya sebagai pelakon sejak dua tahun lalu semasa ditemui selepas acara Bujang Sepah, Amazing Race di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pelakon dan pelawak berusia 25 tahun ini menjawab dakwaan kononnya populariti Sepah semakin pudar selepas menjuarai rancangan terbitan Astro Prima itu. Jelas Jep, dia mengakui nama Sepah tidak segah juara Raja Lawak yang lain terutamanya Nabil yang terus mekar dalam bidang seni dengan mendapat publisiti meluas daripada media massa.

Related Post

0 Komentar untuk "Kumpulan Sepah Raja Lawak tidak menyesal berhenti kerja"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info