Nana-Sein 'Sehati Berdansa' Bercerai

Apakah benar Sehati Berdansa ada badi? Bukan sedikit pasangan yang pernah beraksi bersama dalam Sehati Berdansa memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

Terbaru pasangan Sein dan Nana, juara Sehati Berdansa musim ketiga disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Difahamkan pasangan tersebut berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina Julai 2006 dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad. Pasangan ini dikurniakan dua anak, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1

Malaywood: Apa nk jadi artis zaman skarang nie ?
0 Komentar untuk "Nana-Sein 'Sehati Berdansa' Bercerai"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info