Ning Baizura merupakan artis yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Berkebolehan menyampaikan lagu bernada tinggi menjadikan Ning antara artis yang cukup istimewa di mata peminat.
Perkembangan seni penyanyi itu sejak 17 tahun lalu memperlihatkan Ning bukan hanya fokus terhadap lapangan nyanyian, malah kini dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
Filem lakonan Ning yang pertama ialah 13 tahun lalu menerusi Gemilang arahan Yusuf Haslam bergandingan dengan Erra Fazira dan Hans Issac.
Filem lain yang turut dijayakan Ning termasuklah Maria-Mariana 2 (1998), Bara (1999), Mimpi Moon (2000), Malaikat Di Jendela (2001), Lady Boss (2005), Diva (2007) dan Magika (2010).
Penyanyi yang kini cukup popular dengan lagu Mama Papa itu, tidak lama lagi bakal muncul dalam filem terbaru, Cun yang dijangka menemui penonton tahun ini.
Bercerita tentang single Mama Papa, ia merupakan salah sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album kesebelasnya, Dewa yang dijangka siap pada Januari ini.
“Sudah lama sangat saya tidak muncul dengan album terbaru.
“Seingat saya kali terakhir album Melayu saya dirakamkan ialah pada tahun 2004 menerusi album Erti Pertemuan. Bagaimanapun album Inggeris, East To West dirakamkan pada tahun 2007,” katanya.
Berbeza dengan pengalaman lalu dalam penghasilan album, jelas Ning, kali ini kolaborasinya dengan Audi Mok memberi kebebasan buatnya dari pelbagai segi.
Ini termasuklah pemilihan lagu, konsep album serta susunan muzik yang menjadi pilihannya.
“Diberi kebebasan sebegini bagi saya lebih memudahkan. Saya dapat berdikari dan mencipta pencapaian tersendiri dalam diri.
“Walaupun sudah enam tahun tidak menghasilkan album Melayu, saya tidak pernah merasa tersisih. Apatah lagi dua tahun lalu, saya begitu sibuk dengan urusan pembukaan syarikat sendiri iaitu Happenings.
“Jadi, proses penghasilan album Dewa ini tertangguh selama dua tahun disebabkan ketika itu syarikat baru hendak bertapak dan baru mula mengumpul modal sedikit demi sedikit,” kata Ning.
Album yang diterbitkan oleh Ning dan Audi Mok yang turut bekerjasama dengan Satu Entertainment itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu yang berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance.
Mengembangkan bakat seni yang ada pada dirinya, Ning kali ini turut menulis sebuah lagu berjudul Propaganda.
Kerjasama dalam menghasilkan lagu Bebaskan tidak lama dahulu membuatkan Ning sekali lagi menaruh kepercayaan kepada Audi Mok dalam album terbarunya itu.
Berkebolehan, rakan yang baik serta berani menyahut cabaran membuatkan penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu menaruh kepercayaan besar kepada komposer tersebut.
“Dia (Audi Mok) dan saya seboleh mungkin tidak mahu ada perulangan dalam penghasilan sesebuah lagu mahupun album.
“Dewa adalah tajuk yang diambil daripada lagu Aku Bukan Dewa yang bermaksud cahaya. Bukan untuk mengagung-agungkan tetapi ini menggambarkan cahaya dalam kerjaya dan kehidupan saya,” kata Ning lagi.
Hampir kesemua lagu dalam album tersebut di cipta dan ditulis lirik oleh Audi Mok kecuali Propaganda yang liriknya ditulis sendiri oleh Ning manakala lagu Aku Bukan Dewa dicipta oleh Pam.
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Penantian enam tahun Ning Baizura"