Raziff, Nadira Juara Mari Menari 2010

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada Raziff Abd. Rahman (Razif), 26, dan isterinya Alia Nadira Ahmad Zubir (Nadira), 25, apabila menjuarai program realiti Mari Menari malam tadi.



Pertandingan yang julung kali dibawakan oleh Astro menerusi Astro Ria (saluran 104, Astro) itu, menyaksikan pasangan tersebut memenangi sebuah kondominium mewah, The Haven bernilai hampir RM350,000 yang terletak di Ipoh, Perak.

Bukan itu sahaja, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga tujuh bulan lalu itu turut dikejutkan oleh pihak Astro apabila menerima hadiah berupa pakej percutian ke Bali, Indonesia tajaan Hard Rock Café, Bali.

Dengan jumlah undian sebanyak 52 peratus, pasangan itu berjaya menewaskan pencabar terdekatnya iaitu pasangan Ariz (Fariz Raeza Mohd. Nizam dan isteri, Siti Rasyikah Zolkifli) yang terpaksa akur dengan keputusan yang tidak memihak kepada mereka apabila hanya ketinggalan 4 peratus undian (48 peratus) di belakang pasangan Razif.
0 Komentar untuk "Raziff, Nadira Juara Mari Menari 2010"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info