Sepanjang tempoh itu, sudah 35 buah filem dibintanginya. Malah, sebanyak 26 buah filem daripada jumlah tersebut menyaksikan pelakon yang mesra disapa sebagai Erra itu memegang watak utama.
![]() |
Erra Fazira : Mentor 5 |
Bagaimana pun, pemilihannya sebagai salah seorang mentor untuk program realiti terbitan TV3, Mentor musim kelima seakan ada yang tidak kena kerana Erra sendiri belum pernah mencipta kejayaan sebagai penyanyi.
Namun, jelas Erra, biar pun dia tidak pernah menggenggam sebarang trofi yang mengiktirafnya dalam bidang nyanyian mahu pun muzik, ia bukanlah penghalang baginya untuk bergelar mentor kepada bakal protegenya nanti.
Erra tidak menafikan vokalnya tidak hebat, namun kepercayaan dan keyakinan yang dipupuk dalam dirinya membolehkan dia berada pada tahap sekarang.
"Jadi, itulah sebenarnya yang saya inginkan. Seseorang penyanyi tidak semestinya mempunyai vokal sehebat Siti Nurhaliza atau pun Ziana Zain.
"Asalkan protege tersebut memiliki personaliti yang kuat, aura yang tersendiri, walaupun vokalnya biasa-biasa sahaja, saya pasti dia boleh pergi jauh dalam industri," jelasnya ketika ditemui pada sesi uji bakat Mentor 5 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Disebabkan itu, ketika sesi uji bakat yang bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 11 malam, Erra agak buntu dalam memilih protegenya untuk ditampilkan dalam program realiti TV yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Ujarnya, terdapat ramai peserta yang hadir tampil dengan rupa yang menarik selain mempunyai vokal yang hebat.
"Tapi, saya dapat rasakan mereka tidak mempunyai aura yang membolehkan penonton terpegun dengan persembahan yang ditampilkan.
"Lagipun, saya turut mencari peserta yang boleh serasi dan kena dengan diri saya. Barulah pasukan saya nanti akan mantap dan mampu bersaing dengan protege-protege lain," jelas Erra mengenai kriteria protege yang diinginkannya
Kata Erra, sehingga sesi tersebut selesai, dia telah berjaya menyenarai pendekkan beberapa calon yang kebanyakannya wanita untuk menjadi protegenya.
Senarai tersebut akan diteliti sekali lagi untuk sesi penilaian akhir bersama pihak penerbitan dan pasukan yang dibentuk khas untuk memilih protegenya.
Mengulas mengenai pasukannya, Erra memberitahu, ia adalah isyarat yang menunjukkan dirinya begitu serius untuk menghadapi persaingan.
"Pasukan saya akan terdiri daripada koreografer, juru gaya, guru vokal dan beberapa orang lagi bagi memastikan anak didik saya dijaga rapi dari pelbagai sudut," jelasnya.
Sebelum ini, Mentor 5 membuka tirai sesi uji bakat apabila artis versatil, Afdlin Shauki menjadi mentor pertama menjalankan tugas mencari protegenya pada 15 Januari lalu.
Ia diikuti oleh Erra (16 Januari)i, Noh Hujan (22 Januari), Edry Abd. Halim (23 Januari) Rahim Maarof (29 Januari) dan Datuk Sharifah Aini (30 Januari).
0 Komentar untuk "Erra akui bukan penyanyi hebat"