Faizal Tahir tak kisah kalau tak menang AJL

Jika mengikut trek rekod Faizal Tahir dalam sejarah Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun ini merupakan penyertaannya kali keempat dalam pertandingan anjuran TV3 itu.

Sekadar menyedarkan kembali ingatan pembaca, kali pertama Faizal menyertai AJL adalah pada tahun 2008 dengan dua buah lagu iaitu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta.

Malangnya, kerana kesilapan dirinya sendiri, Faizal dilarang membuat persembahan gara-gara kes buka bajunya sehingga terpaksa digantikan dengan juara Mentor musim kedua, Fiq serta finalis Akademi Fantasia musim kedua, Bob.

Setahun selepas itu, Faizal menebus kekecewaannya apabila sekali lagi dia bertanding dengan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga.

AJL23 menyaksikan rezeki benar-benar berpihak kepada Faizal apabila dia merangkul tiga trofi iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan juara kategori Balada bagi lagu Sampai Syurga.

Tahun lalu pula boleh dikatakan tahun yang cukup menyiksakan buat Faizal apabila terpaksa bertanding dalam kesakitan kerana penyakit trombosis pembuluh darah (DVT).


Biarpun tewas kepada lagu Pergi ciptaan dan lirik oleh Pete Teo serta Amran Omar, Faizal tetap berpuas hati dengan kemenangan Bencinta di tempat ketiga.

Bagaimana pula tahun ini? Adakah gelaran Juara Lagu 25 akan menjadi milik Faizal sementelah dua buah lagunya, Selamat Malam dan Hanyut berjaya ke AJL25.

Pemerhati dan peminat dunia hiburan tempatan yang kini mula berteka-teki meramalkan AJL25 dengan mudah akan menjadi milik Faizal.

Faizal tak kisah kalau tak menang... dah biasa katanya. Yang penting, dia akan berikan yang terbaik.
0 Komentar untuk "Faizal Tahir tak kisah kalau tak menang AJL"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info