Ditanya apakah rahsia awet muda yang dipegangnya, tanpa teragak-agak, Ella menjawab:
“Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda.”
Bagi Ratu Rock berperwatakan manja dan suka mengirai rambutnya, penjagaan kesihatan seperti itu penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan kelihatan ceria.
“Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks.
“Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman.
“Itu sudah menjadi kebiasaan Ella tetapi kalau sibuk dengan nyanyian sekurang-kurangnya dua atau tiga hari seminggu pasti Ella bersenam,” katanya.
Menurut Ella lagi, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak kelihatan dimamah usia, dia akan memastikan dirinya tidak terbeban dengan masalah.
Justeru, katanya yang tetap bernada manja apabila berbicara dengan rakan wartawan, dia sentiasa mengajar dirinya untuk berfikiran positif.
Katanya lagi, apa yang penting adalah mengikut kata hati sendiri dan jangan memikirkan perkara-perkara yang buruk atau negatif.
“Seboleh mungkin kita mesti bersikap optimis dalam segala hal. Jika kita sentiasa berfikiran yang bukan-bukan, sudah pasti ia akan mengganggu fikiran, menjadi berkecamuk dan itulah yang menjadi punca kita stress.
“Jadi untuk menghilangkan rasa stress, perlulah menggunakan psikologi sedikit sebab apabila kita fikir secara baik, ia akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita.
“Akhirnya dengan keyakinan dan kepercayaan yang dibina itu, sudah pasti kita tenang dan gembira.
“Apabila kita gembira, muka pun nampak ceria dan air muka tidak nampak tua,” ujar Ella disusuli dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
Related Post
Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak dib…
Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia MeriahMEMANG meriah! Dua perkataan tepat menggambarkan Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang diadakan di Bukit Merah Lake…
Ella minta polis buru dalang klip video lucahAWALNYA dia masih mampu tersenyum. Ketawa malah menyifatkan apa yang diberitakan kepadanya itu hanya satu gurauan. Malas…
Blog rock kapak telah dikesanhari nie, member aku pass satu URL blog rock kapak. nama blog dia HANYA RAWK N ROLL. Aku pun go through lah blog dia. Da…
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie ??Aksi terlampau 3gp Ella dan JojieRamai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella d…
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
0 Komentar untuk "Rahsia Awet Muda Ella"