Ramli MS: Kenapa Kamu Nak Sibuk Hal Peribadi Saya ?


Ramli MS hari ini menerusi kebanyakan media mempersoalkan tindakan orang ramai yang kecoh akan serbuan pihak JAIS ke kediaman beliau semalam.
“Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?” kata Ramli MS.
Ramli MS dalam kenyataan sama berkata beliau mempunyai sebeb tersendiri untuk tidak mengaku sudah berkahwin dengan Alyah sebelum ini dan tidak ambil pusing pun dengan semua tanggapan orang di luar sana kerana ianya soal peribadi.
Ramli MS menceritakan situasi santai di sebalik serbuan pegawai JAIS ke rumahnya di Bandar Kinrara awal pagi semalam.
“Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah,” tambahnya.
0 Komentar untuk "Ramli MS: Kenapa Kamu Nak Sibuk Hal Peribadi Saya ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info