Amukkan Kelembai Band !

Kecoh ! Kelembai Band sudah mengamuk. Apa citer nie bro ?


Kelembai Band kini sudah mengaktifkan Fan Page mereka yang official, yang dikenali sebagai Kelembaistudio Saz Official. Sebelum ini, mereka hanya bergerak secara underground. Takde siapa mengenali mereka sehingga lah video mereka menjadi viral (jamming dibawah pokok jambu)

FanPage Kelembai Band Palsu

Sejurus sahaja Kelembai Band mula mendapat perhatian umum, maka tiba-tiba muncul satu malaun yang terlebih dahulu menyamar sebagai Kelembai Band. Mereka telah membuat satu fanpage palsu atas nama Kelembai Band. Walaupun palsu, malaun yang tak bertanggungjawab nie dah mendapat 4,964 like.

Malaun nie dengan tak segan silu, mencuri segala update dari Kelembai Studio. Cara update seolah olah merekalah Kelembai Band. Kalau budak budak malaun nie buat pedajal, tak ke nama Kelembai Band tuh jugak yang busuk. Sudah-sudah lah tuh mendengki. Kalau bukan hak kau, tak payah lah nak menyamar bagai.


Peminat Kelembai Band yang asli telah menghentam page Kelembai Band yang palsu.

Malaywood: Gua pun hangin satu badan

Kepada yang dah ter"like" fanpage fake Kelembai Band, eloklah "unlike" balik. Page kalau dah takde orang like, dengan sendirinya akan terkubur. Malaun-malaun tuh pun sure rasa buang masa copy-copy content orang, pastu sebok upload video yang takde kena mengena.

Malaun-malaun nie ada satu penyakit. Gila LIKE dan VIRAL.

To Kelembai Band, lu rileks, proceed jer apa yang korang rasa patut buat. Lu punya page baru Kelembaiband Saz Official pun dah ramai orang start LIKE dan follow.

Barang bagus semua orang nak copy dan clone bro. Lu paham tak ? sebab content pun bagus, orang akan copy. Macam iPhone nyer product, semua orang dengki nak tiru. Kalau takde iPhone, 3310 sure masih popular, dan orang akan masih guna keypad. hahahahhaa

Teruskan perjuangan, maintain lu orang punya prinsip. Keep it up !



0 Komentar untuk "Amukkan Kelembai Band !"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info