Pelawak Nabil Ahmad menafikan mengambil bahan terlarang selepas sebuah foto menunjukkan bentuk badan yang semakin sado menjadi viral.
Menurut Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad, dia kini aktif bersenam membina badan demi menjaga kesihatan selain strategi untuk mengembangkan kariernya dalam dunia hiburan.
“Sebenarnya saya dah aktif bersenam sejak setahun yang lalu. Cuma tidak pernah tunjuk atau berkongsi dengan umum. Faktor utama adalah untuk kekal sihat selain strategi untuk mengembangkan karier seni saya.
“Secara tidak langsung ianya membuka pintu rezeki saya terutamanya dalam bidang pengacaraan. Saya nak orang nampak saya seorang yang menjaga kesihatan dan penampilan diri. Untuk dapat bentuk badan yang menarik atau sado bukan satu perkara mudah kerana memerlukan disiplin yang tinggi.
“Saya tidak berani ambil bahan terlarang seperti steroid sebab banyak kesan sampingan yang buruk. Cukup sekadar saya jaga pemakanan dan tidur yang cukup,” ujar Nabil.
Malaywood: ekau nak belakon citor lawan-lawan ko lopeh ni Bil ?
0 Komentar untuk "Nabil Nafi Ambil Bahan Terlarang"