Rancangan Astro untuk sepanjang ramadhan 2010

Pelakon drama Geng Surau dan drama Qalesha bergambar bersama Izelan Basar (lima dari kiri) dan Pengurus Astro Prima, Nizam Sani (tujuh dari kiri).


BULAN Syaaban dalam kalendar Islam semakin menghampiri penghujungnya dan umat Islam kini pasti menunggu kehadiran bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan al-Mubarak.

Seperti biasa, walau ia bulan yang sentiasa akan dipenuhi dengan amal ibadah, namun stesyen TV tidak akan ketinggalan memenuhi jadual mereka dengan pelbagai rancangan yang bersesuaian dengan bulan ini.

Astro sendiri tidak ketinggalan mengekalkan kegemilangan dan tradisi dalam menyediakan kepelbagaian kandungan untuk memenuhi cita rasa penonton yang berbeza dengan program-program terbaik yang penuh dengan pengajaran dan memupuk kasih serta ikatan kekeluargaan

Malah, pihak Astro turut menaikkan jumlah pelaburan untuk tayangan program-program istimewa Ramadhan dengan menambah jumlah siaran jam di saluran-saluran terpilih dari 173 jam (2009) menjadi 197 jam pada tahun ini.

Saluran-saluran Melayu Astro iaitu Astro Citra, Astro Prima, Astro Warna, Astro Ria dan Astro Awani akan terus berselang-seli memberikan program-program terbaik 24 jam sehari, tujuh hari seminggu di sepanjang bulan Ramadhan.
Astro Citra terlebih dahulu akan memulakan hari dengan menyiarkan seleksi filem-filem kegemaran Malaysia melalui segmen Sinema Sahur dan diakhiri dengan siaran langsung solat sunat Terawikh dari Masjidil Haram di Mekah melalui Astro Oasis.

Menurut Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar, pada tahun ini, 19 buah program baru diperkenalkan berbanding 13 buah program baru sahaja pada tahun lalu.

"Seperti biasa solat sunat Terawih akan disiarkan secara langsung dari Masjidil Haram, Mekah dan bacaan Tadarus al-Quran juga bakal dibacakan melalui Astro Oasis setiap hari.

"Program-program hebat seperti drama bersiri, telefilem, majalah mahupun filem-filem telah disusun teliti sepanjang hari bagi memastikan para penonton disajikan dengan hiburan-hiburan ringan di sepanjang bulan Ramadan ini.

"Pelbagai program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian dan suntikan elemen-elemen pengajaran di sebalik hiburan yang bermutu tinggi akan disediakan," ujarnya ketika ditemui di majlis pratonton Astro Ramadhan 2010 di sini baru-baru ini.
0 Komentar untuk "Rancangan Astro untuk sepanjang ramadhan 2010"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info