CTM2 kelakar habis!

AKSI empat saudara ini memang menggamatkan Panggung Sari, Istana Budaya menerusi Cuci the Musical 2 yang mula dipentaskan sejak 27 Julai lalu.


PERSEMBAHAN teater muzikal di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur seakan mencipta fenomena. Satu demi satu persembahan muzikal yang mendapat sambutan luar biasa.
Yang kini mencetus percakapan ramai ialah Cuci the Musical 2 (CTM2).

Kali ini CTM2 memperlihatkan banyak perubahan ketara baik dari segi pemilihan pelakon dan juga aspek teknikal.
Tahun lalu, persembahan sama yang ditonton membuatkan majoriti penonton bersetuju ia sebuah persembahan yang luar biasa.

Pementasan CTM2 baru-baru ini harus membenarkan semua audiens memberi standing ovation (tepukan gemuruh) kepada produksi itu.

Sebetulnya, persembahan musim kedua ini lebih menarik dan dinamik berbanding tahun lalu terutama dari segi unsur humor dan komedinya.

Senang cakap CTM2 kelakar habis. Percaya atau tidak ramai penonton yang menyapu ari mata kerana tidak tahan menahan ketawa.

Keempat-empat pelakon utamanya iaitu Afdlin, Awie, Hans dan Nabil berjaya menghidupkan watak masing-masing.
Malah, kali ini mereka lebih berani dalam konteks melontarkan dialog secara spontan sehingga mereka sendiri tidak mampu untuk mengawal diri daripada ketawa.
0 Komentar untuk "CTM2 kelakar habis!"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info