Setelah lebih tiga dekad menjadi anak seni, Raja Pop negara Jamal Abdillah kini mengakui meletakkan harga bayaran yang tinggi bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai anak seni.
Apa yang dilakukan Jamal itu dirasakan bersesuaian dengan kualiti persembahannya yang akan diberikan.
Sebagai orang lama dalam industri hiburan tanah air, Jamal mengakui akan menapis setiap tawaran yang datang padanya.
Baginya, sebagai anak seni, seseorang artis itu perlu menjaga nilai eksklusif sendiri agar tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya tahu mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan.
Tidak hanya memilih tawaran berlakon, Jamal turut mengakui memilih tawaran dalam bidang nyanyian.
"Saya tidak mahu orang meluat dan jemu melihat persembahan saya. Jadi biarlah persembahan yang mahu saya lakukan itu agak terhad tetapi kesannya ada dan kemunculan jarang-jarang saya itu diingati.
"Namun sekiranya sesuatu majlis itu dianjurkan untuk tujuan amal dan melibatkan pihak kerajaan saya sudi untuk merundingkan harga yang lebih rendah,"
Demi menjaga hak eksklusifnya, Jamal Abdillah turut menolak tawaran untuk tampil dalam filem Azura 2011.
Baginya tawaran untuk melakonkan watak utama filem itu Zack ketika meniti usia tua tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan oleh pihak produksi Ace Motion milik pengarah Aziz M. Osman.
Jelasnya, apabila dia meletakkan harga untuk bersama dalam filem itu ia tidak dipersetujui oleh pihak produksi.
"Tidak terlintas di hati saya untuk menolak tawaran itu tetapi mereka yang tidak dapat menuruti harga yang saya cadangkan.
"Saya bukan demand tetapi tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah apa yang telah terjadi kepada saya dengan filem Azura dahulu.
"Filem itu popular dan terus-terusan ditayangkan sedangkan apa yang saya perolehi tidak setimpal dengan pengorbanan dan penat lelah saya berlakon," ujarnya.
Tambah bapa kepada dua orang putera itu, dia kini lebih selesa menerima tawaran menyanyi daripada berlakon memandangkan bayaran yang diterima lebih memuaskan hati.
Bagi aku, Jamal memang Legend.
Blog Archive
Popular Posts
-
Gambar aksi lucah Zarina atau Mia nama glamour dia dalam citer 'Anak Pontianak' adalah tulen. Dia memang tak mengaku dan mengatakan ...
-
MUNGKIN ramai yang tidak mengenali siapa Hady Mirza, 27, namun, jika ramai yang mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air, pastinya ...
-
"Saya sudah berjanji dengan anak-anak jika dapat dua projek drama selepas raya ini, kami akan mengerjakan umrah," demikian kata pe...
-
Aisehhh... bikin panas lah ini cerita. Orang berkembang pun nak kecoh ker... tp nie bukan makcik-makcik yg berkemban ... tapi pengacara TV3 ...
-
Aksi terlampau 3gp Ella dan Jojie Ramai yg bertanya saya tentang cerita terbaru berkenaan video 3gp aksi terlampau Ella dan kakaknya Jojie. ...
-
"bang selebu kuali sawa , hujan turun mandi katun , sirih rampai pinang berseri , mintak peluk si tangan kiri ,
-
Kumpulan Spider lari meninggalkan konti stesen radio Suria FM menjadi isu dan perdebatan. Puncanya deejay yang mengendalikan program Suria D...
-
Cromok Live 1989 - Australia yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, ko...
-
Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilak...
-
Jehan Miskin bersama Jue di Malam anugerah Metrowealth yang berlangsung di One World Hotel. Kemesraan pelakon Jehan Miskin dan pelakon baru,...
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Jamal bukan demand... tapi ada harga diri"