Ramai orang tak suka Diana Danielle ? Biar Betik !

BIkin kecoh betul lah... Betul ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu?

Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana.

Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ.

Antara yang kitaorg dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah?


Kadang-kadang pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri.

Pada aku, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure.

Kalau ye pun ada yang anggap dia tak cantik, perlu ke sampai buat laman I Hate Diana Danielle. Tak baik tau. Sekali kita benci orang, seribu kali kita akan dibenci oleh orang yang lain pula. Tak takut ke tu?
0 Komentar untuk "Ramai orang tak suka Diana Danielle ? Biar Betik !"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info