Kilauan Emas platform orang veteran - Boleh Jual ker nih ?

Selama ini... Astro hanya menerbitkan program realiti TV, Akademi Fantasia untuk golongan remaja sajer... tetapi yang terbaru... stesen berkenaan turut memberi ruang kepada golongan veteran.

Menerusi program Kilauan Emas, Astro buat julung kalinya menerbitkan rancangan hiburan khas untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas bagi mengetengahkan bakat masing-masing.


Golongan umur 45 ke atas adlah golongan berduit... expected sms masuk mungkin lebih banyak... kalau penonton tak undi... diaorg undi diri sendiri... org berduit kan.. sioot jer !!

Pada usia emas... para peserta masih mampu mendendangkan lagu bernada tinggi mengalahkan budak budak AF (yg keluar mingggu minggu awal)... ayat kasi jek sikit... huhuhuhu

Kalau diletak peserta Kilauan Emas sebaris dengan budak muda yang dicungkil bakat menerusi program realiti di atas satu pentas... Malaywood agak agak lah... mesti budak budak muda kena beri tabik hormat kepada mereka.

Rata-rata yang datang uji bakat Kilauan Emas adalah mereka yang suka menyanyi, cuma tidak berpeluang untuk menonjolkan bakat masing-masing menerusi pertandingan nyanyian kerana faktor usia.

Kebanyakan peserta yang ditemui berterima kasih kepada Astro kerana menganjurkan pertandingan nyanyian khas untuk mereka yang selama ini mendambakan program sedemikian.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, beliau tidak menjangka sambutan yang diberi amat menggalakkan kerana ia julung kali diadakan... ala Nizam Sani bagi statement play safe nampak ? klau boomm ! saya tak sangka ....

Mesti lah sebelum propose rancangan nie, dah defend habis habis kat management Astro... business proposal kena kuat, baru Astro luluskan nak buat ranangan nie... tak gitu ker real scenario...
0 Komentar untuk "Kilauan Emas platform orang veteran - Boleh Jual ker nih ?"

 
Copyright © 2005 Malaywood - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info